Syed Saddiq Bawa BTS Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.. Artis Malaysia Kurang Power K-POP Agaknya..


Penggemar muzik K-Pop pastinya gembira dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa persembahan kumpulan popular, Bangtan Boys (BTS) ke negara ini.

Tetapi cadangan itu tidak dipersetujui penggiat seni tempatan Shamaine Othman, apatah lagi persembahan itu dikatakan bakal sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menerusi ciapan di Twitter, Shamaine mempersoalkan rasional di sebalik keputusan Syed Saddiq tersebut.

“YB Syed Saddiq, apa rasional membawa BTS untuk Tahun Melawat Malaysia?
“Saya rasa duit itu (untuk membawa BTS) boleh disalurkan kepada pelbagai institut seni persembahan di Malaysia untuk mengadakan persembahan yang boleh ditonton pelancong ketika Tahun Melawat Malaysia 2020 kelak," katanya yang juga penulis skrip telemovie Cinta Bulan Disember.

Semalam, Syed Saddiq berkata pihaknya sedang berusaha membawa BTS ke Malaysia tahun depan dan berkata ia sudah pun dalam peringkat perbincangan.

“Usaha kami adalah untuk memastikan BTS datang pada tahun 2020 sempena Tahun Melawat Malaysia,” katanya.




Malaysiakini 

Post a Comment

0 Comments