Mereka berkata yuran semester di Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) UTM naik dari RM954 kepada RM5,000 sejak empat tahun lepas.
Presiden MJIIT Voices Tan Cheng Siong, 22, berkata petisyen dan memorandum telah diberikan kepada pihak universiti sejak setahun setengah lalu namun masih tiada tindakan.
“Mereka tidak memberi jawapan dan saling lepas tangan. Jadi kami membuat keputusan untuk melakukan himpunan ini.
“Kami juga sudah menghantar petisyen ke Kementerian Pendidikan namun masih tiada jawapan dari mereka,” katanya
Malaysiakini
0 Comments