Diskaun TOL Pada Hari Raya Pertama Saja... Balik Raya Pertama Jela Bersama Pemimpin PH...


Apa nak jadi dengan kerajaan PH ni? Nak jadi kerajaan sepenggal atau kerajaan berpenggal-penggal?

Sudahlah janji mahu menghapuskan tol tidak juga menjadi kenyataan sehingga kini, diskaun tol sempena sambutan Hari Raya tahun ini pula terlihat benar-benar sangat mengecewakan rakyat jelata.

Dalam pengumuman oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian semalam, diumumkan bahawa 23 lebuhraya setuju memberi diskaun antara 10 hingga 33 peratus pada hari raya pertama sahaja.

Diskaun akan berkuatkuasa pada jam 12.00 tengah malam hingga jam 11.59 malam pada hari berkenaan.

Diulang – HANYA SEHARI PADA RAYA PERTAMA BERMULA 12.00 TENGAH MALAM HINGGA 11.59 MALAM HARI YANG SAMA.

Senarai lebuhraya adalah seperti berikut:-

  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) – 33 peratus
  • Lebuhraya Grand Saga (GSSB) – 30 peratus
  • Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) – 20 peratus
  • Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) – 20 peratus
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) – 20 peratus
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) – 20 peratus
  • Jambatan Pulau Pinang – 20 peratus (kenderaan Kelas 2 sahaja)
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 – 20 peratus
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) – 20 peratus
  • Lebuhraya Pantai Baru (NPE) – 20 peratus
  • Lebuhraya BESRAYA – 20 peratus
  • Lebuhraya MEX (Maju Expressway) – 15 peratus (semua Kelas kenderaan)
  • Lebuhraya Grand Sepadu – 15 peratus
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) – 10 peratus
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) – 10 peratus
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kajang SILK (SILK) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) – 10 peratus
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 – 10 peratus
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) – 10 peratus
  • Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) – 10 peratus
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (LATAR) – 10 peratus.


Apa kejadahnya bagi diskaun pada Hari Raya pertama saja? Siapa nak guna lebuhraya pada hari tersebut?

Tidakkah pada Hari Raya pertama, semua orang sudah ada di kampung masing-masing dan sibuk dengan aktiviti kunjung-mengunjung serta menziarahi sanak saudara, keluarga dan kenalan terdekat dan tidak ramai mana pun lagi yang menjadi pengguna lebuhraya?

Pada masa BN kali terakhir berkuasa iaitu tahun 2017, diskaun tol diberi selama enam hari sebelum dan juga selepas Hari Raya.

Pada 2018 pula, ketika kali pertama PH berkuasa, diskaun tol sebanyak 50 peratus diberikan selama dua hari sempena sambutan Hari Raya.

Kenapa tahun ini hanya sehari di Hari Raya pertama saja?

Macam mana agaknya kabinet berfikir sehingga mereka boleh bersetuju memberi diskaun tol hanya selama sehari saja?

Kenapa tidak boleh diberi diskaun tol untuk rakyat balik kampung iaitu satu dua hari sebelum Hari Raya dan satu dua hari lagi selepasnya sewaktu mereka kembali semula ke ibukota?

Memberi diskaun ketika semua orang sudah balik kampung dan sibuk dengan sambutan Hari Raya di tempat masing-masing serta biasanya pada Hari Raya kedua barulah berziarah menggunakan lebuhraya, untuk siapa sebenarnya diskaun tol itu diberikan?

Kerajaan ini nak menyenangkan hidup rakyat atau menyusahkan rakyat?

Bukankah tujuan diskaun tol diberi ialah untuk meringankan rakyat yang balik kampung menyambut Hari Raya, tapi untuk apa jika ia dilaksanakan ketika semua orang sudah berada di kampung halaman masing-masing?

Daripada demikian cara nak menipu rakyat, lebih baiklah tak payah diumumkan diskaun tol sama sekali pada tahun ini.

Apa ni Tun???

Shahbudin

Post a Comment

0 Comments