Tindakan (Najib Sedih) Itu Tulus Atau Hanya "Lakonan" ? - Duit Masuk Akaun Najib

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan reaksi terkejut dan sedih apabila mengetahui ada seseorang telah memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya.

Pengarah Urusan Ihsan Perdana Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman, 58, berkata Najib bagaimanapun tidak menyuruhnya membuat laporan polis atau laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata Najib menunjukkan reaksi itu ketika beliau pergi menemui Anggota Parlimen Pekan itu di kediamannya di Langgak Duta, di sini, selepas ditahan reman oleh SPRM pada 2015.

Saksi pendakwaan ke-37 itu memberitahu demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi pada perbicaraan kes Najib yang didakwa atas tujuh tuduhan berhubung dana SRC International Sdn Bhd yang masuk hari ke-20, hari ini.

Muhammad Saifuddin : Selepas kena reman, Datuk ada jumpa Najib

Dr Shamsul Anwar : Ya

Muhammad Saifuddin : Datuk kata dia (Najib) terkejut, sedih apabila tahu ada seseorang telah memasukkan duit dalam akaun, ada dia kata pada Datuk suruh buat laporan polis atau laporan pada SPRM

Dr Shamsul Anwar : Tidak

Sementara itu semasa diperiksa balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi itu berkata bekas perdana menteri itu terkejut apabila diberitahu mengenai pemindahan wang ke dalam akaun beliau itu.

Muhammad Shafee: Bagaimana reaksi dia

Dr Shamsul Anwar: Dia terkejut dan sedih... dia berkata seseorang telah memasukkan wang ke dalam akaunnya... dan dia kata dia tidak tahu-menahu langsung mengenai transaksi kewangan itu. Kenapa transaksi dilakukan menerusi syarikat saya (Ihsan Perdana).

Muhammad Shafee: Tindakan dia itu tulus atau hanya "lakonan" seperti seorang pelakon

Dr Shamsul Anwar: Tindakan dia itu tulus.

Muhammad Shafee: Jika kamu tahu bahawa itu akaun Najib adakah kamu tidak akan memindahkan wang itu

Dr Shamsul Anwar: Ya.

Muhammad Shafee: Kamu juga boleh ke rumah atau pejabat dia untuk bertanya mengenai projek-projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu

Dr Shamsul Anwar: Ya. dan juga menerusi SMS dan WhatsApp.

Muhammad Shafee: Kamu sangat selesa dengan Najib

Dr Shamsul Anwar : Ya

Beliau menambah bahawa kebanyakan program CSR di bawah Ihsan Perdana adalah daripada idea Najib dan dia tulus mahu membantu mengatasi kesusahan rakyat.

Najib, 66, dituduh dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan dan tiga tuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung.

Bernama

Post a Comment

8 Comments

  1. kalau cerita macam ni boleh memenangkan najib,baik lantik nenek aku je jadi hakim

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama nenek ko apa? nanti aku nk msg kt LGE. dia bgtau morthy, morthy bgtau tommy. Madey kita bg script jer "sy tak tau, tnya azmin"

      Delete
  2. Hahahaha hang pi ceghita kat lembu pun lembu gelak..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lembu, tapi ade macai dan terbaru walaun percaya. Tergolek golek dia org percaya. Sedih nya la bila kat dlm akaun aku tetiba melambak duit masuk, utk tunjuk yg aku sedih, jom kita shoping. Ajak lembu2 takde otak Sekali.

      Delete
  3. reaki sedih terkejut sbb...yg di suruh masuk 100 juta tapi..yg masuk hanya 42 juta.......

    walaun benganglah...dedak x mashukk...

    ReplyDelete
  4. Sedih tengok duit masuk dalam akaun tapi lepas tu dok berbelanja mewah dengan duit2 tu? Ini yang dinamakan sebagai oxymoron, cerita mengarut dan tak masuk akal! Seseorang yang sedih dan terkejut bila ada duit yang tak diketahui masuk dalam akaun dia akan buat laporan dan meminta siasatan dilakukan BUKANNYA dengan gembira dan selesa pergi berbelanja membeli barangan mewah dengan duit tu! Jelaslah Najib BOSS penyamun sedang "berlakon" untuk cuba memperdayakan mahkamah. Manusia2 korup je yang buat "cerita tak masuk akal" ni dan cerita lawak macam ni hanya lembu2 pawah je yang percaya.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete