Kerana Liwat 5 Pelajar, Warden Tahfiz Dihukum Penjara 133 Tahun, 42 Sebatan... Fuhhhhh....

Mahkamah Sesyen Kangar menjatuhkan hukuman penjara 133 tahun dan 42 sebatan terhadap seorang warden asrama pusat tahfiz atas kesalahan meliwat lima pelajar di situ.

Menurut Berita Harian pada 29 Mei, Nawawi Anuar, 27, mengaku bersalah terhadap 26 daripada 29 pertuduhan terhadapnya.

Dia didakwa meliwat lima pelajar, berusia sembilan hingga 15 tahun, sepanjang April lalu.

Menurut laporan itu lagi, dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah untuk tiga lagi pertuduhan berkenaan dua kes liwat dan satu kes menunjukkan video lucah di telefon kepada mangsa berusia 11 tahun.

Terdahulu, Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd berkata seorang guru pusat tahfiz membuat laporan berkenaan perkara itu di Balai Polis SImpang Empat pada 9 Mei lalu.

Tertuduh kemudian melarikan diri ke Perak sebelum ditahan polis sehari kemudian.

Menurut laporan itu, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (KK), 377C KK, Seksyen 15(e) serta Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002.

Mahkamah menetapkan 9 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izham Ali, Norshuhada Mohd Yatim dan Mohd Farhan Aliff Ahmad, dan tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Mohd Hapiz Rajali.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments