Hebat Sangat Ke Sandev Ni? Ugut Nak Tumbuk Mufti Perlis.. Kita Tunggu Polis Tangkap Ke Tak..

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin membuat laporan polis setelah menerima ugutan daripada seorang pemilik akaun Facebook untuk mencederakannya, semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, Mohd. Asri menerima kiriman mesej ugutan itu melalui Facebook ketika berada di rumahnya di Padang Besar dekat sini, kira-kira pukul 6 petang.

Kata beliau, dalam kiriman mesej tersebut, pemilik akaun bernama ‘Sandev Sandev’ itu mengugut untuk menumbuk Mohd. Asri sehingga cedera.

“Pemilik akaun itu turut menyertakan satu nombor telefon dan meminta Mohd. Asri supaya menghubunginya sebelum dia datang mencari.
“Berikutan itu, pengadu telah membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Asri sebelum ini mempersoalkan penahanan reman Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia Perlis, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang juga seorang pendakwah, kerana didakwa telah menghina agama Hindu.

Menurut Mohd. Asri penahanan itu adalah tidak wajar kerana Muhammad Zamri hanya berkongsi pengalaman hidupnya di hadapan umat Islam di sebuah masjid secara tertutup, baru-baru ini.

Mohd. Asri sebaliknya melahirkan rasa hairan dan kesal apabila tindakan seorang individu yang mengugut beliau dan Muhammad Zamri menerusi satu rakaman klip video tidak ditangkap.

Menurut Mushar, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Utusan

Post a Comment

0 Comments