Kartel Dedak Dalam PAS ?

PAS akan memanggil Zaharudin Muhammad yang merupakan menantu Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan berhubung tulisan di laman sosial Facebooknya.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan memaklumkan perkara itu sebagai merujuk kenyataan Zaharudin berhubung "kartel dedak" baru-baru ini.

"Saya akan dapatkan laporan daripada dia (Zaharudin). Kita tak boleh nak berdasarkan media sosial sahaja. Jadi kita akan panggil dia untuk dapatkan penjelasan.

"Kalau betul dia buat kenyataan itu, kita akan dapatkan penjelasan lanjut. Apa maklumat dia dan apa tujuan dia," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa sempena sambutan ulang tahun Umno ke-73 di Kuala Lumpur, malam tadi

Selepas dilihat berdiam diri dari mengulas isu-isu berkaitan PAS, semalam Zaharudin akhirnya bersuara mengenai penularan audio Anggota Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mengandungi pengakuan penerimaan dana Umno.

Sejak komen dibuat pada 7 Mei lalu, sudah ada sekurang-kurangnya lapan hantaran dimuat naik menantu presiden PAS itu berkaitan isu yang turut dikenang dengan gelaran "Ana tahu" itu.

Zaharudin menggelarkan kumpulan dalam PAS yang bertentangan dengannya sebagai "kartel dedak" merujuk kepada dana yang diterima pihak tertentu daripada Umno atau orang berkaitan Umno.

Dalam hantaran di media sosialnya, Zaharudin bagaimanapun berkata kenyataan terbarunya itu bertujuan untuk menghindarkan fitnah yang sedang menjalar, bukan mengejutkan fitnah yang sedang tidur.

Zaharudin juga membayangkan beliau bersedia menunjukkan lebih banyak bukti berkaitan isu berkenaan sekali gus menafikan pengakuan dibuat Nik Abduh sebelum ini.

Sementara itu, Takiyuddin menjelaskan keputusan untuk memanggil Zaharudin adalah mengikut prosedur parti.


"Prosedur (parti) kita akan panggil dia, dan betul ke dia yang buat kenyataan itu, apa tujuan dan sebagainyalah (akan ditanya)," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya ada merujuk perkara itu kepada presiden PAS, beliau berkata ia hanya di peringkat pentadbiran parti saja.

"Tiada (merujuk presiden PAS), ini di peringkat pentadbiran sahaja," katanya.

Malaysiakini

Post a Comment

6 Comments

  1. Kartel makan dedak tu memanglah perbuatan mungkar tapi geng2 lawan jebon pun sebenarnya adalah "kongsi gelap" yang beroperasi dalam jemaah PAS. Parti yang kononnya mempunyai roh islam tapi ada pulak kongsi gelap dok senyap2 buat kerja subversive dalam PAS? Mana pi akhlak Islam dan mana hilangnya adab berjemaah islamiah dalam PAS? Kongsi gelap ni adalah geng2 yang bergerak secara rahsia dan secara sulit membuat onar dan galak menyebar fitnah.

    Kongsi gelap ni adalah elemen perosak dan Islam tidak menghalalkan wujudnya satu jemaah rahsia dalam jemaah islam itu sendiri kerana ianya akan menjadikan berlakunya kerja2 mungkar dan onar disebabkan ahli2 kongsi gelap ini tidak taat kepada pimpinan PAS yang dilantik sebaliknya mereka menjadikan diri mereka sendiri sebagai hakim, juri dan penghukum. Ini bukan sifat dan akhlak jemaah Islam tetapi sebaliknya ini adalah sifat keumpulan samseng dan jenayah.

    Tak sangka dalam jemaah yang kononnya dianggotai oleh ilmuan2 islam boleh wujud pulak gerakan samseng dan subversive ini. Ini semua menunjukkan akan kelemahan Presiden PAS sebagai pemimpin malah sebagai Tok Guru juga. Ahli2 sendiri tak dapat di pimpin dan dibimbing, macam mana nak jaga dan pimpin negara yang dipenuhi berbagai lapisan kaum, agama, budaya dan ideologi? Hadi memang tak layak dapat apa2 jawatan walau sepenggal pun!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. DUIT dan BURIT.....LOBAI pun tak boleh dipercayai....

    ReplyDelete
  3. Macai UMNO ni mmg bangang. Bila dah takde hujah dan pembohongan dia dah terbongkar sebagai fitnah, bohong, tipu dan palsu serta terbukti sebagai melayu makan rasuah, terus serang hujah dengan kutuk dan maki. Serangan macam tu tak boleh pakai dah. Kutuk, caci dan carut tu hujah melayu pemakan rasuah yang dah takde roh melayu dan islam dalam diri dia. Berhujah dengan mencarut? Melayu bodoh zaman penjajah je yang pakai lagi benda tu. Arwah P Ramlee pun kutuk melayu2 kaki rasuah yang menjual bangsa dan agama untuk cari duit dan geng2 jual agama pun masuk sama dalam kategori manusia keji ni! Kutuklah dan carutlah! Kebenaran tak akan tenggelam walau ditutup dengan kekejian peribadi kamu yang dah penuh dengan maksiat dan daki rasuah. Melayu yang jadi tali barut penjajah dan penyokong penyamun ni wujud sejak sebelum merdeka dan rupa2nya lepas merdeka pun ada lagi manusia keji macam ni. Ni yang dikatakan melayu yang kecik2 tak nak mampus, dah besar merosakan melayu dan Islam!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete