Berita Gembira Penjawat Awam - Bonus Raya Setengah Bulan Gaji

Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata bantuan khas ini diberi kerana kerajaan negeri prihatin dengan tekanan kos sara hidup lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan yang dihadapi kakitangan awam.

“Bantuan yang diberikan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM5.27 juta sebagai pemberian BKK kepada 3,905 penjawat awam di negeri ini,” katanya pada sidang media.

Pada masa yang sama, Chow menyeru kepada semua penjawat awam terus memberikan kerjasama dan komitmen untuk menjayakan semua inisiatif yang digariskan untuk membentuk Pulau Pinang ke arah Visi 2030 Pulau Pinang.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Farizan Darus berkata, kerajaan negeri kini dalam proses untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam di negeri ini.

“Kita fokus (untuk mengurangkan) kakitangan yang berjawatan tetap terlebih dahulu khususnya mereka yang mempunyai masalah disiplin,” kata Farizan.

Farizan berpesan kepada semua penjawat awam di Pulau Pinang agar sentiasa mengutamakan integriti dan menjaga imej baik institusi dalam menjalan tugas.

FMT

Post a Comment

2 Comments