Fuhhh.. Ini Twist Tahap Tertinggi Ni..

Anggota jawatankuasa PAS pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, berkata beliau kini mendoakan Umno supaya berubah dan kembali mencipta kemenangan.

Anak kepada bekas Mursyidul Am PAS itu menjelaskan doanya buat Umno kini berbeza berbanding sebelum ini yang sering mendoakan kekalahan dan kehancuran parti Melayu itu.

"Kini saya berdoa untuk Umno. Saya berdoa semoga Umno berubah dan menang kembali. Dulu sebaliknya. Dulu, saya berdoa dan aminkan doa agar Umno kalah dan hancur.

"Ada yang teragak-agak. Kata mereka, muafakat dengan Umno akan memberi nyawa kepada Umno. Bukankah itu melanggar doa sendiri?

"Saya berkata, Umno telah pun kalah. Tiada kekalahan sebesar kekalahan hilang kuasa di Putrajaya yang dikuasai Umno lebih 60 tahun," tulis anggota Parlimen Bachok itu di Facebooknya.

Tambahnya, kekalahan Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu adalah penawar bagi PAS disebabkan 'doa ahli PAS diterima Allah'.

"Umno kalah, tapi tidak hancur sebagaimana doa dan kehendak ahli dan penyokong PAS. Itu kehendak Allah. Kalah, tetapi tidak hancur. Umno masih hidup di parlimen dan di mana-mana.

"Ada yang menyoal, mengapa tidak terus berdoa agar selepas kalah, Umno terus hancur dan tak hidup-hidup lagi?

"Saya berkata, dulu kita berdoa agar Umno kalah dan hancur kerana Umno zalim. Zalim dengan kuasa di tangan. Kini dengan kekalahan dan tanpa kuasa, kezaliman baru sudah tiada daripada Umno. Ada Umno zalim hari ini? Tak ada. Yang ada adalah bebanan kezaliman lampau," katanya.

Muktamar Tahunan PAS Ke-65 yang berakhir semalam, sebulat suara meluluskan usul memeterai kerjasama dan perjanjian politik dengan Umno.

Hubungan itu dimeterai berlandaskan Fasal 6 Perkara (6) Perlembagaan PAS yang menyatakan parti itu berupaya menyertai dan bekerjasama dengan badan, persatuan atau pertubuhan.

Ia bagaimanapun tertakluk kepada asas bahawa hubungan itu mustahak dan sesuai, selain tidak berlawanan dengan tujuan PAS serta tidak bercanggah  dengan undang-undang negara.

PAS sepanjang sejarahnya pernah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai parti politik termasuk menjadi sebahagian parti komponen Barisan Nasional sebelum disingkirkan pada 1977.

Kali terakhir PAS mengadakan kerjasama politik ialah bersama DAP pada 2008 sebelum diakhiri pada 11 Julai 2015 selepas tidak sehaluan.

Sementara itu Nik Mohamad Abduh berkata, Umno datang kepada PAS dan meminta maaf atas kesalahan lampau dan ia dibuat secara terbuka.

Katanya, ada yang bimbang PAS sekali lagi akan ditipu oleh Umno selepas beroleh kuasa.

"Saya berkata, itu telahan, sangkaan dan amaran terhadap bahaya menanti. Sangkaan dan amaran tidak boleh menghentikan langkah dan perjalanan.

"Jalan terus dan berhati-hatilah. Bahkan, bergabunglah dengan janji Allah dengan bertawakal kepada-Nya. Tiada sebarang tipu daya kecuali kejahatannya akan kembali kepada tuannya," katanya.

MK

Post a Comment

3 Comments

  1. Cakap2 Pak2 lebai ni langsung tak boleh pakai. jenis kaki putar belit, kaki klentong dan geng talam dua muka. kalau agama sendiri pun diaorang boleh putar belit dan seleweng, mereka ni dah jelas meniru kaum2 yahudi yang telah menukar, merobek dan seleweng agama mereka. Ini bertepatan dengan Hadis Rasulullah SAW bahawa akhir zaman nanti ada umat islam yang akan meniru kaum2 terdahulu terutama kaum yahudi, dan semua ni semata2 kerana tamak haloba dan nafsu serakah. Kaum yahudi putar belit dan seleweng dan pinda hukum2 agama mereka kerana dunia dan harta, PAS pun nampaknya ikut meniru kaum2 yahudi tu atas sebab nak dapat habuan dunia dan harta samapi doa dan ibadah pun boleh di putar belit dan seleweng ikut nafsu mereka aje.

    Tiada lagi rasa malu PAS kepada Allah SWT kerana mereka ni seperti kaum yahudi sudah dikuasai oleh nafsu serakah mereka. Kita perlu sedar kenapa Allah SWT selama 60 tahun tak memberikan kemenangan kat puak2 ni? Kerana mereka ni adalah puak2 perosak dan penjahanam, agama dan negara! Puak2 yang memperalat dan memperkudakan agama adalah puak2 yang merupakan perosak negara dan agama yang paling dahsyat. Puak2 ni seperti puak2 khawarij pada zaman sahabah (R.A) dulu merupakan musuh dan perosak kepada umat Islam. Umat Islam perlu sedar seperti mana di Indonesia, puak2 khawarij yang merupakan bencana kepada ummah juga ada di Malaysia dan mereka seperti juga di Indonesia, mempergunakan agama untuk memuaskan nafsu serakah mereka dan mereka langsung tak ada rasa khuwatir atas sesal jika negara musnah dan agama rosak. Merekalah musuh sebenar yang sedang menggugat Islam di Malaysia dan Indonesia ni. Puak2 khawarij ekstrimis ni jangan sekali2 di beri kuasa di malaysia mahupun di Indonesia. Sudah tentulah ada sebab2 yang kukuh Allah SWT mentakdirkan mereka sebagai puak2 yang kalah dan tidak mendapat kuasa selama 60 tahun dok masuk PRU. Beringat2lah wahai umat Islam.

    Nick.
    cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Twist tahap tertinggi bukanlah perkara baru. DAP dulu pernah bergerak secara solo dan tidak mahu bekerjasama dengan parti lain, tetapi kemudian buat U-turn. Dan dalam kerjasama itu, mereka berjaya memecah belahkan orang melayu dan islam, terutama saingan mereka iaitu pas. Racun mereka kepada segelintir ahli pas, mungkin dalam bentuk kewangan dan kuasa, membuatkan mereka ini yg terdiri dari golongan profesional bukan ulamak, terpedaya. Dap adalah umpama dedalu yg menumpang di pokok induk untuk meresap makanan dari sumber induk. Untuk kembali sihat, dedalu perlu dibuang habis. Kerjasama ada unsur give and take, bukan give sahaja tapi tidak mahu take. Prinsip seperti ini adalah khianat kepada kerjasama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah...kebodohan tahap melampau...memang tahap ni je standard pemikiran walaun...konon orang lai kena suap dengan kewangan & kuasa...ana tahu la...anta apa tau...anta tu unta...

      Delete