Ayam sememangnya menjadi makanan kegemaran semua orang termasuklah kanak-kanak dan dewasa. Namun ada beberapa bahagian ayam yang dibuang begitu sahaja tanpa mengetahui khasiatnya terlebih dahulu.
Ia termasuklah kaki ayam apabila ia sering dibuang begitu sahaja sedangkan hakikatnya benda yang selalu di anggap “lebihan” inilah secara saintifiknya mengandungi banyak nutrien hebat untuk semua, termasuklah kanak-kanak.
Berikut adalah senarai nutrien yang terdapat dalam bahagian ayam ini.
- 13 mg choline
- 4 g karbohidrat
- Tenaga 150 kcal
- Asid lemak 187 mg omega-3
- 100 UI vitamin A
- 19 g protein
- Asid lemak 2571 mg omega-6
- 8 g lemak
- 83 mg phosphor
- 86 mg folat
- 88 mg kalsium
5 khasiat kaki ayam untuk anak-anak
1. Sumber kolagen semulajadi
Menurut satu kajian di Universiti Taiwan, kaki ayam adalah sumber kolagen yang hebat, murah dan mudah didapati.
Kita sedia maklum bahawa kolagen boleh membantu meremajakan kulit. Selain membantu regenerasi sel dalam memberi kulit yang cantik, kolagen juga memiliki pelbagai fungsi dalam meningkatkan kesihatan tubuh.
2. Menu ideal ketika demam
Ramai yang jadikan kaki ayam sebagai broth atau sup yang direneh lama bagi mengeluarkan khasiat dalam tulangnya.
Menurut penelitian, proses pemulihan seperti penyembuhan luka atau demam boleh berlaku lebih cepat dengan makan lebih banyak sup kaki ayam.
Ini kerana kaki ayam memiliki nutrisi yang lengkap untuk memperbaiki sistem imun dan meningkatkan kesihatan keseluruhan. Anak-anak juga kurang terdedah kepada penyakit atau jangkitan.
3. Membantu melegakan sembelit
Di samping itu, pengambilan sup kaki ayam boleh mengeluarkan toksin yang terperangkap dalam badan anda.
Oleh itu, jika anak anda mengalami sembelit atau penghadaman perlahan, bolehlah cuba diberi makan sup kaki ayam.
4. Menguatkan tulang
Oleh kerana kaki ayam mengandungi sumber kalsium, ia boleh menguatkan sendi dan memperbaiki tulang kanak-kanak yang sedang membesar dengan cepat dan aktif.
Selain itu ia turut membentuk kuku, gigi dan gusi yang kuat dan sihat.
5. Kesihatan jantung
Kaki ayam sangat baik untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan menguruskan kadar denyutan jantung agar berfungsi dengan optimum.
Ia juga dikatakan dapat mengekalkan emosi seimbang dan mengurangkan tahap stres.
Banyak lagi kebaikan dan manfaat sup kaki ayam yang menjadikannya hidangan yang bagus untuk seisi keluarga.
Contohnya, kaki ayam merupakan sumber utama chondroitin sulfate dan asid hyaluronik yang penting bagi kita yang makin meningkat usia.
Menurut sumber, chondroitin sulfate sangat baik untuk orang yang mempunyai masalah sendi atau masalah lain yang disebabkan oleh osteoartritis.
Sementara itu, asid hyaluronik pula sangat baik untuk melambatkan kesan penuaan. Awet muda gitu!
FMT
0 Comments