Zahid Hamidi Dituduh Terima Suapan SGD 4.24 Juta

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima suapan membabitkan SGD4.24 juta daripada sebuah syarikat pengendali perkhidmatan pusat sehenti di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN), dua tahun lalu.

Ahmad Zahid, 66, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik saja kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut kesemua pertuduhan, bekas timbalan perdana menteri itu didakwa secara rasuah menerima suatu suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd.

Ia sebagai dorongan untuk tertuduh yang ketika itu Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri untuk melanjutkan kontrak syarikat berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya sini antara 28 Mac 2017 dan 2 Mac 2018.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar, manakala Ahmad Zahid diwakili peguam Kitson Foong.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Ahmad Zahid hadir ke mahkamah ditemani anak perempuannya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, Ahmad Zahid akan berdepan pertuduhan kes menerima wang sogokan daripada sebuah syarikat swasta.

Sumber memberitahu Harian Metro bahawa Ahmad Zahid didakwa kerana menyalahkan gunakan kedudukannya untuk menerima wang sogokan bagi kegunaan peribadi daripada syarikat swasta yang diberi hak eksklusif mengendalikan kemasukan pelancong China ke negara ini.

Untuk rekod, penyelewengan membabitkan syarikat terbabit mula didedahkan Harian Metro melalui laporan eksklusif bertajuk ‘Beruk Boleh Mohon’ pada 14 November 2018 yang mana wartawan akhbar ini ke Guangzhou, China bagi melihat operasi dilakukan syarikat terbabit.

WorldNews

Post a Comment

2 Comments

  1. Habis geng2 anwar PARIA HOMO nak diTUMBANGkan si mahathir PARIA KERALA - SATU demi satu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg. PENTINGnya, PPBM-PAS-UMNO mesti mengHALANG anwar HOMO PARIA-EJEN CIA/MOSSAD-SOROS dr. jadi PM dan TUAN si bangkai ANJING guan eng PEROMPAK/PERASUAH DAP homo JIJIK ZIONIS ISrael dia, dr. jadi TPM dia, bawah hak asasi 'KESAMAAN' penipu ZIONIS depa!!

      Delete