Aikkk... Mustahil Pulak? Cuba Tanya Dulu Rafizi...


Aiks? Dah jadi Mission Impossible pulak.

Dulu PH bukan main kuat menghasut dan berjanji.

Hak rakyat untuk dapat pendidikan percuma, duit Petronas cukup bayar dan sebagainya, zikir mereka.

Sehingga formula untuk hapuskan PTPTN dikeluarkan oleh Rafizi dan ditonton ratusan ribu anak muda.

Tapi hari ini, Pengerusi lantikan PH kata mustahil untuk PTPTN dimansuhkan.

PM ke-7 pula kata mustahil untuk tol dihapuskan.

PH menang sahaja, semua tiba-tiba jadi mustahil!

"Impossible!", kata PH.

Bukan itu sahaja.

PTPTN tidak dimansuhkan.

Tapi diskaun-diskaun yang kerajaan BN bagi dulu dimansuhkan pulak.

Jumlah yang layak mendapat pengecualian kerana mendapat keputusan cemerlang dikurangkan juga.

Pemimpin yang berpendapatan RM4,000 ke bawah juga tetap bayar.

Tidak dikecualikan seperti apa yang PH janji.

Apa komen Adam Adli dan Azmin Ali?

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments