Apakah Polis Akan Menahan Anwar Ibrahim ?


Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari mendakwa dalang di sebalik penyebaran video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali itu kini semakin jelas, ketika siasatan hampir selesai.

"Akhirnya sekarang makin hari makin waktu, makin saat, kita dapat melihat semakin hampir dan semakin hampir ia (video seks) dilakukan oleh mereka yang pernah melalui detik sejarah hitam ini, yang pernah berjuang melalui detik sejarah hitam ini dan melawan detik sejarah hitam ini. Malahan menjadi asas perjuangan ini, katanya.

Amirudin berkata demikian ketika berucap pada majlis kesyukuran terhadap Mohamed Azmin di kediaman rasminya di Shah Alam, malam tadi.
Iklan

Terdahulu, Amiruddin yang juga ketua PKR Selangor mendakwa PKR kini kembali dihantui oleh "hantu" yang menghantui parti itu sejak dua dekad lalu.

Bagaimanapun, Amirudin tidak menamakan siapa hantu yang dimaksudkan.

Namun ia dipercayai merujuk kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang terbabit dalam tuduhan liwat sebelum ini.

"Saya masih ingat seawal isu ini keluar sebaik kita raikan Aidilfitri, tiba-tiba berlaku satu perkara yang kita tak jangkakan, satu perkara yang telah diam khususnya harapan besar rakyat dan masyarakat Malaysia.
"Setelah PRU 14 kita jangkakan bahawa hal (politik kotor) sedemikian akan hilang dan tidak akan muncul lagi, pun begitu agak malang dan dukacita ada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab, yang tidak sedar diri, yang tidak mahu belajar daripada sejarah.
“Kalau tidak takut dengan Tuhan pun mungkin mereka tidak belajar dari sejarah bahawa politik sedemikian rupa dengan mengaibkan, menfitnah dengan pelbagai cerita dan fitnah direka cipta dengan harapan akan menguburkan maruah serta harapan dikalangan rakyat," katanya.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR ketika berucap pada majlis yang sama turut menegaskan bahawa beliau tahu individu yang menjadi dalang dalam penyebaran video lucah yang dikaitkan dengan dirinya itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu berkenaan kerana perkara itu masih dalam siasatan pihak polis.

Azmin sebelum ini menafikan beliau individu dalam video berkenaan, malah mendakwa ia perancangan dari dalam PKR sendiri untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada 18 Julai lalu berkata klip video seks yang menjadi kontroversi itu dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.

Hamid berkata siasatan mereka juga mendedahkan wujud "pakatan jahat" yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik bertujuan mengaib dan menjatuhkan individu tertentu.

Khamis lalu, Hamid mengesahkan klip video itu sebagai tulen berdasarkan analisis Cybersecurity Malaysia, namun proses pengecaman wajah adalah "negatif" dan tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video tersebut dengan individu yang dimaksudkan".

Azmin dituduh merupakan salah seorang individu yang dipaparkan dalam klip video seks sejenis itu. Tuduhan itu dilontarkan oleh bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Hazir Abdullah Abdul Aziz.

Haziq mengaku dirinya merupakan salah seorang individu dalam klip video itu, sementara Azmin menyifatkan tuduhan terhadapnya adalah "plot jahat" dari dalam parti untuk menjatuhkan kerjaya politiknya.

Polis sehingga kini telah menahan beberapa individu, termasuk setiausaha politik Anwar.

MK

Post a Comment

5 Comments

  1. Dalangnya ialah yg mendapat untung kiri kanan (win-win). Dua2 pihak dia tibai!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Macai mana yang masih bodoh lagi nak guna tulisan2 palsu yang dibuat oleh si kaki fitnah RPK ni? Wei, rakyat sekarang ni dah cerdik dan celik! Benda2 dan cerita2 palsu dari Raja Pemfitnah ni dah di tolak oleh melayu dan bukan melayu. Tak de sapa pun nak baca benda2 yang mengundang dosa fitnah ni. Kalaupun bodoh tak payah lah nak tunjuk kat dunia maya lah. Dari gunakan tulisan dari pemcacai upahan UMNO ni baik ko sendiri tulis .

    Tapi aku faham lah kenapa macai2 ni tak nak sendiri tulis hujah2 dan pemikiran mereka sendiri. Masalah macai adalah otak mereka ciput dan hati kotor, maka penulisan mereka semuanya penuh penipuan yang diselitkan oleh kata2 maki, cacian dan carut yang sikit pun rakyat Malaysia tak selera nak baca. Bukan je nak baca, malah tajuk pun orang jijik nak tengok. Tapi apa nak dikata, macai2 UMNO ni semuanya hati kotor dan legam sebab penuh dengan dendam serta kuat makan dedak dan rasuah. No surprise there! Apa2 pun, nasihat aku kat macai adalah "terima lah hakikat bahawa UMNO BN dan pet mereka PAS dah kalah teruk dalam PRU 14. Janganlah dok panas bontot lagi.

    Tak puas hati? PRU15 akan datang, cuba lagi dan kalau kalah lagi, PRU16 cuba lagi. Kalau dok sibuk jaja fitnah kononnya PH tipu dan mungkir janji, jangan buat2 lupa bahawa selama 60 tahun UMNO dan BN malah PAS pun dah banyak tipu dan dah banyak mungkir janji kat orang melayu. Setakat PH yang baru belajar jadi kerajaan dan belum sepenggal pun, korang tak boleh nak tuduh PH sebagai tipu dan mungkir janji sebab belum cukup sepenggal jadi gomen, wei. Kalau sepenggal dah berlalu dan masuk PRU15, PH ada janji dan tak tepati usahanya, baru boleh kata PH tipu dan mungkir janji. Ni belum pun anak dalam kandungan lahir dan kalau dah lahir pun belum boleh merangkak dan berjalan, tak masuk akal kau nak suruh dia masuk sukan Sukma dan dapat jadi juara lumba lari! Itu kerja bangang namanya wei!

    Tapi kalau dah tua bangka, umur dah masuk 60 tahun tapi masih buat kerja keji, fitnah, samun dan rompak, tang tu memang tak patut di beri peluang kedua, malah patut ditanam je hidup2 ( ni aku tujukan pada UMNO yang dah tua bangka tapi masih lagi tak insaf! ). Cakap2 dan janji2 mamat tua yang masih lagi tak insaf2 dan tak mau bertaubat ni lah yang rakyat Malaysia tak boleh pakai dan tak boleh caya langsuuunngg! UMNO dan PAS tu tempat yang layak adalah di landfill je! Kata2 dan janji PH yang baru jadi kerajaan separuh penggal nak dibandingkan dengan UMNO BN dan UMNO yang dah berdekad2 menipu, menyamun orang melayu dan rakyat Malaysia? No way!

    Langsung tak sesuai di bandingkan PH dan UMNO dan PAS malah kalau dibuat pun hanya memalukan UMNO dan PAS je sebab UMNO dan PAS terutamanya PAS diKelantan yang dah berdekad2 jadi kerajaan langsung tak bawa kemajuan dan langsung tak penuhi janji utk majukan negeri tu. Tak payah lah dok fitnah kononnya PH tu mungkir janji dan tipu sebab korang lagi banyak dan lagi teruk mungkir janji dan tipu!
    Bila tunding jari kat PH ingatle bahawa 4 jari lagi tunding kat diri korang sendiri.


    Nick.
    Cape Tiger.

    Nick.

    ReplyDelete