Bakal PM ke-8 jumpa Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang untuk sampaikan bantahan nelayan-nelayan dan mereka yang membantah penambakan laut sebesar 4,500 ekar.

KM kata kepada bakal PM ke-8 bahawa mereka sedia untuk kurangkan saiz projek penambakan laut.

Dengan syarat kerajaan pusat membiayai kos RM20 bilion untuk projek LRT Pulau Pinang dan Lebuhraya PIL.

Bakal PM ke-8 pun kagum.

Dia kata sangat jarang bagi ketua menteri secara terbuka bersedia untuk berunding dengan orang lain mengenai projek kerajaan negeri. https://www.malaysiakini.com/news/485446

Lalu bakal PM ke-8 pun berjanji untuk menyokong kerajaan pusat bayar kepada kerajaan PH Pulau Pinang untuk dua projek pengangkutan tersebut.

Secara am, saya tidak membantah sebarang projek infrastruktur terutama projek pengangkutan.

Tapi kedua-kedua projek ini mahal gila dan pihak yang dapat manfaat paling besar adalah kroni-kroni PH.

Kos lebuhraya PIL ini adalah RM9 bilion dari kos RM20 bilion yang Pulau Pinang tuntut dari kerajaan pusat.

Panjangnya 19.5 km bersamaan dengan harga RM460 juta setiap km - iaitu 3 kali lebih tinggi dari lebuhraya yang paling mahal sebelum ini.

Kedua-dua projek itu juga adalah untuk penduduk dalam pulau yang populasinya cuma 800,000 orang.

Penduduk Seberang Perai tak dapat apa-apa manfaat.

Dana RM20 bilion untuk 800,000 orang bersamaan dengan RM25,000 setiap penduduk termasuk kanak-kanak.

Tambahan pula, bukan semua yang akan mendapat manfaat dari projek ini kerana tidak terkesan dengan jajaran PIL dan LRT itu.

Yang dapat manfaat paling besar ialah projek hartanah rumah mewah di Gurney drive bernilai RM30 bilion yang telah dianugerahkan 100% kepada syarikat swasta Terowong Pulau Pinang.

Oleh kerana projek-projek ini adalah hasil bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini Menteri Kewayangan, tidak hairan bahawa Guan Eng telahpun kata kerajaan pusat bersedia untuk membiayai projek-projek ini.

Bajet RM1 bilion untuk membaiki sekolah daif di Sarawak itu lain cerita.

Memang tanggungjawab kerajaan pusat untuk menjaga sekolah-sekolah.

Peruntukkan RM1 bilion ini pun telah diluluskan dalam bajet 2018 di bawah BN.

Namun, Menteri Kewayangan tak mahu bagi.

Sehngga ugut kerajaan Sarawak untuk membayar balik hutang yang belum sampai tempoh pembayarannya  jika mahu sekolah-sekolah daif mereka diperbaiki.

Dana RM1 bilion untuk sekolah daif, dia main ugut-ugut macam Ah Long.

Dana RM20 bilion untuk projek-projek kroni yang dimulakan dia pula, no problem.

Najib Razak