GrabCar - Luahan Pemandu Yang Rasa Fxxxkk Grabcar

GRABCAR: SATU PENGANIAYAAN TERHADAP PEMANDU

Satu persoalan yang sering orang tanya aku, kenapa sekarang dah tak jadi pemandu GrabCar.

Aku mula jadi pemandu GrabCar sekitar tahun 2016. Masa tu boleh dikatakan penggunaan Grab belum meluas. Uber masih 'di depan'. Maka waktu tu aku jadi pemandu untuk kedua-dua syarikat Uber dan Grab. Sampai satu masa Uber tarik handbrake. Aku dah rasa ini adalah bullshit. Grab akan monopoli pasaran. Ianya tak baik untuk pemandu dan tak baik juga untuk penumpang.

INSENTIF

Masa awal-awal aku cuma buat secara separuh masa (part time). Buat lepas waktu kerja dan hujung minggu. Waktu ni insentif boleh dikatakan lumayan. Seminggu boleh dapat sampai RM400 - RM500. Yang buat sepenuh masa dah tentu lagi lebat insentif mereka dapat. Kalau baca dalam group community grab/uber driver, ada yang boleh dapat sampai berbelas ribu sebulan.

Dulu pemandu boleh pilih-pilih job. Asalkan acceptance rate lebih 30%. Sebagai pemandu aku pun kadang-kadang pilih-pilih job sebab kita ni kalau dapat yang nak kena ambik jauh sampai 4 atau 5 kilometer dengan harga tambang yang murah memang tak berbaloilah. Kalau terima pun kena pulak jalan sesak, lambat sampai satu hal lagi. Silap-silap penumpang cancel job tu, kita yang sakit hati. Dulu walaupun harga tambang minimum RM3, terima jugalah sebab aku tahu setiap job yang diterima mesti ada 'habuan' menanti.

Tapi Grab pilih untuk tekan pemandu. Buat syarat baru, nak dapatkan insentif WAJIB auto-accept, rating itu ini kena atas % sekian sekian. Macam mana taik pun job tu kena hadap juga. Dapat job tambang rendah tapi nak kena ambik jauh nak mampos, sabar jelah, nak buat macam mana. Lagi-lagi bila peak hour, dalam kawasan tengah bandar. Makin lama syarat makin mengarut dan akhirnya ada minggu-minggu yang aku langsung tak dapat insentif. Ah banyak lagilah syarat mengarut, siapa yang memandu Grab fahamlah.

RAGAM PENUMPANG

Dulu yang guna e-hailing ni boleh dikatakan orang-orang yang bijak, terpelajar dan celik IT. Penumpang tak banyak hal. Mereka tahu 'adab' menggunakan servis e-hailing ni penumpang yang menunggu pemandu, bukan pemandu jadi kuli batak nak kena tunggu penumpang lama-lama.

Pada awalnya konsep e-hailing ni berkonsepkan 'perkongsian'. Aku ada kereta, kau boleh tumpang kereta aku untuk ke mana-mana. Aku tolong hantarkan dan kau bagilah sikit 'duit minyak'. Seolah-olah macam kawan-kawan. Masuk kereta pun duduk depan sebelah pemandu. Jadi ada nilai hormat-menghormati antara pemandu dengan penumpang. Boleh tambah kenalan baru, bila sembang-sembang pasal latar belakang masing-masing ada peluang nak bina jaringan baru sama ada kerja, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.

Tapi sekarang konsep tu dah tak wujud. Kebanyakan penumpang anggap pemandu tu macam kuli dia. Mentang-mentang dia dah bayar (bayar pun murah daripada rate teksi), berlagak nak mampos, peduli apa yang memandu tu sebenarnya latar belakang pendidikan tinggi atau kerja bagus macam mana pun. Cakap pun lebih kurang, bajet bagus, acah-acah diva, nak dilayan macam raja dan macam-macam perangai lagi.

Jadi apa masalah utama bila makin ramai penumpang yang tak faham etika dan tak ada nilai hormat dalam diri mereka? Pemandu jadi tekanan. Elok-elok emosi tenang, tiba-tiba jadi serabut. Bila dapat penumpang seterusnya, nak senyum pun dah malas.

Ada penumpang yang duduk rumah flat tingkat 15, buat tempahan masa kat rumah lagi. Bila pemandu dah sampai, dia tak turun lagi. Aku pernah call penumpang, dia bagitau "tunggu kejap ye, saya tengah bersiap ni", eh kepala butoh betul, ingat aku ni pakwe kau ke apa. Nak cancel nanti cancelation rate jahanam, tak dapat insentif pulak. Itu belum lagi yang jenis duduk flat buruk yang nombor blok pun dah tak nampak, jenuh nak mencari, kena tanya orang. Itu pun ada hati nak jugak suruh pemandu masuk sampai dalam. Dah la kereta penuh, double park, kereta kita ni muat-muat je nak lalu. Lepas tu bila dah sampai dia tak turun lagi. Berhenti lama sikit nak tunggu, ada kereta belakang nak lalu, dah nak kena pusing satu round. Babinya dapat penumpang macam ni. Apalah salahnya kau jalan sikit tunggu tepi jalan atau pondok pengawal keselamatan tu.

Pemandu ni dapat penumpang musibat macam mana pun, kita tahu etika, jangan maki hamun. Aku sendiri bila dah geram sangat tu kadang-kadang buka jugalah mulut bagi teguran dengan nada yang terkawal. Kalau penumpang tu ok, biasanya dia sendiri minta maaf. Tapi masalahnya bila ada penumpang yang celaka, jenis ni tak boleh terima bila kita tegur. Bila dia tak puas hati, dia bagi rating rendah dan buat report mengarut pada pemandu. Pernah aku tegur penumpang lambat, dia jawab "Kalau saya turun dulu, saya yang nak kena tunggu lama pemandu sampai", fuh sedap mulut kau je. Kau naik grab sehari sekali pun tak boleh nak tunggu pemandu. Kami ni pemandu sehari dapat 10 orang penumpang musibat macam kau sekali tunggu dah lebih 5 minit, dah makan lebih sejam masa menunggu.

Ada sendiri dah pernah kena. Masa aku nak pickup kat MidValley, bila dah sampai dia kat dalam lagi. Aku tunggu punya tunggu, pengawal keselamatan halaulah sebab tunggu lama sangat. Tak pasal-pasal kena buat satu pusingan. Dah la nak pusing MidValley yang besar nak mampos tu jauh gila babi. Bila aku sampai lagi sekali, dia tak muncul jugak. Tunggu-tunggu sampai pengawal keselamatan nak halau lagi. Baru la terkedek-kedek dia datang. Bila dia naik, dah tentulah aku bengang, aku tegurlah, tapi taklah aku maki hamun. Esoknya aku dapat mesej daripada Grab yang penumpang complain aku memandu secara merbahaya. Peliklah aku, dalam mesej tu dia ada bagi nombor trip. Bila aku check baru aku perasan customer lahanat tu yang buat report. Bila aku call Grab bagitau pasal perkara tu, Grab pulak salahkan aku balik kenapa tak complain pasal penumpang tu. Itulah masalahnya, kita pemandu ni, tak sempat nak drop penumpang, dah masuk job lain. Berhenti rehat pun untuk sembahyang dan makan je. Bila dah balik malam-malam mana ada masa dah nak ingat balik satu-satu penumpang punya hal. Sampai rumah fikir nak tidur je.

Banyak lagi ragam penumpang ni nak kena hadap. Yang salah bagi location, bila call tak angkat, mesej tak balas. Yang suka-suka nak tukar drop off location tapi tak nak bayar lebih. Yang suruh hantar barang (yang ni biasanya aku cancel sebab tak nak ambil risiko), yang hilang tak muncul-muncul sampai sudah, yang tempah untuk orang lain, yang badan bau kambing, yang couple merendek dalam kereta, yang bergaduh, yang nak bayar tiba-tiba tak cukup duit lepas tu kena tunggu orang lain datang bayarkan, yang suruh ikut jalan dia walaupun kita dah guna GPS yang tunjuk jalan paling cepat, yang taknak ikut highway, tak nak bayar tol, yang mintak pemandu berhenti kemudian tunggu di kedai runcit sebab dia nak beli barang, mintak berhenti sana sini sebab nak ambik kawan atau ambik barang dan macam-macam hal lagi. Lagi pulak bila dapat penumpang warga Afrika atau Arab, aku nak tulis perangai puak ni naik Grab, silap-silap sampai esok pagi kau baca tulisan aku ni.

Ada pernah sekali Grab call aku bagitau dapat complain daripada penumpang, sepanjang jalan aku senyap dan buat muka tak puas hati. Kau bayangkanlah, aku punya bengang sebab penumpang buat taik, aku senyap tak cakap apa-apa pun penumpang buat report.

Grab beranggapan bila dia buat 'option' yang pelbagai untuk penumpang complain, mereka telah berikan servis yang terbaik. Tapi sebenarnya Grab dah cipta satu 'gap' yang besar antara penumpang dan pemandu. Grab tak fokus untuk mendidik (educate) penumpang tentang etika menggunakan e-hailing, tapi lebih suka menghukum pemandu. Jadi nilai hormat menghormati antara pemandu dan penumpang makin terhakis.

Nak jadi cerita, sampai satu masa aku pun jadi mangsa. Ada penumpang report benda mengarut, akaun aku kena block dan aku kena datang ke kelas kononnya untuk 'ajar' aku cara yang betul untuk jadi pemandu. Akaun aku digantung 3 hari kononnya sebagai 'pengajaran'. Dalam kelas tu aku persoalkan pada Grab kenapa pemandu wajib daftar lengkap dengan Kad Pengenalan, tapi tidak bagi penumpang. Bila penumpang buat taik dan kena banned, mereka masih boleh mendaftar guna email dan nombor telefon lain, walaupun banyak isu yang jadi pertikaian antara pemandu dengan penumpang, penyudahnya pemandu yang menjadi mangsa. Aku diberi peringatan jika ada SATU lagi aduan daripada penumpang, akaun aku akan terus digantung selamanya dah tak akan dibenarkan lagi untuk memandu Grab.

Jadi kau agak bila dah memandu semula, takkanlah tak ada SATU aduan pun. Ya, akhirnya riwayat hidup aku bersama Grab telahpun berakhir. Walaupun dalam weekly report aku hampir setiap minggu 90% ke atas penumpang bagi aku rating 5 bintang, Grab lebih beri kepercayaan penuh kepada 10% penumpang yang bagi aku rating 4 bintang ke bawah.

Dalam kereta aku, apa yang aku tak sediakan. Air mineral, gula-gula setiap pintu aku letak, 2 atau 3 hari sekali pegi hantar kereta cuci. Nak cuci sendiri susah sebab duduk apartment. Keluar la modal nak pastikan penumpang selesa. Tapi dapat penumpang yang jenis celaka ni, pemandu juga yang jadi mangsa.

Syarikat Grab pun memang celaka. Kita dah memandu Grab bertahun, beribu trip kita buat. Tapi disebabkan ada penumpang musibat yang buat report mengarut pada kita, Grab percaya bulat-bulat pada penumpang. Sedangkan pemandu ni yang depa perah. Ambik 20% setiap trip tu ingat sikit ke?

Sejak memandu GrabCar, aku tak pernah disaman Polis Trarik atau JPJ termasuklah saman speedtrap atau AES. Nak cerita betapa berhemahnya aku memandu bila bawa penumpang. Kita pun ada akal lagi, takkanlah nak bawa penumpang macam samseng jalanan. Tapi penumpang ni ada macam-macam jenis perangai. Ada yang suruh kita bawa laju lagi, ada yang kita bawa 40 atau 50 km/j pun dia kata laju sangat. Ada sekali bawa orang tua perempuan, sekejap "eh eh eh" sekejap "op op op", aku pulak yang jadi rimas. Mungkin 'silap' aku juga tak pasang kamera dalam kereta. Jadi bila ada penumpang complain aku memandu secara merbahaya aku tak boleh nak buktikan yang aku tak bersalah. Tapi dalam weekly review punya report, ramai je penumpang yang puji cara pemanduan aku. Yang satu dua ekor penumpang celaka buat report mengarut jugalah yang Grab percaya dan banned aku.

Aku pernah pergi pejabat Grab dan pernah hantar email pada Grab untuk mengadu nasib. Aku bagi contoh, kalau dalam 1000 trip kita buat, 990 penumpang bagi maklum balas yang baik pada pemandu tapi ada 10 maklum balas yang buruk, kenapa Grab masih anggap 1% penumpang ni yang betul? Banyak juga pemandu-pemandu otai yang aku kenal dah kena banned hanya disebabkan benda ni. Sedangkan pemandu-pemandu otai inilah yang dulu jadi 'duta' mengpopularkan Grab masa pemandu belum ramai, yang banyak bantu Grab kembangkan perniagaan. Yang kena banned ni bukan buat kesalahan berat, mencederakan penumpang, gangguan seksual, rogol, mencuri barang yang tertinggal, menipu trip atau sebagainya, tapi disebabkan report atau feedback mengarut daripada penumpang celaka. Tapi Grab tak pernah peduli pun. Mereka beranggapan pemandu akan datang dan pergi. Dia banned seorang, 10 orang pemandu akan datang daftar.

Sepatutnya Grab kena fikirkanlah apa kaedah yang sesuai untuk menilai pemandu. Contohnya dalam 100 trip, paling banyak cuma 5 trip sahaja yang boleh ada complain daripada penumpang. Pemandu ni manusia, bukan robot. Kadang-kadang tu ada la waktu terbuat kesalahan yang tak disengajakan. Manusia mana yang tak buat salah. Grab pun banyak dosa dengan pemandu, sistem masalah, masalah itu masalah ini. Pemandu tak pernah pun sampai tahap nak saman Grab. Ini tidak, asal ada penumpang perangai macam babi buat report, pemandu juga yang disalahkan. Nak menilai pemandu dan penumpang pun kenalah adil. Penumpang guna Grab sebulan sekali, seminggu sekali, sehari sekali. Habis kuat pun 2 atau 3 kali sahaja sehari. Mana boleh nak banding dengan pemandu yang bawa 20 hingga 30 penumpang sehari. Dalam ramai-ramai penumpang tu wajib dah ada isu atau masalah dengan satu dua penumpang.

Aku ada cukup banyak pengalaman buruk yang tak ditulis dalam ni. Kasut Adidas Blade (tengok sendiri la dalam internet berapa harga dia) letak bawak tempat duduk pemandu pun lesap kena curi dengan penumpang. Dah sampai rumah tengah kemas-kemas baru perasan. Nak tuduh pun tak boleh, dah berapa puluh penumpang yang turun naik. Bukan kita mintak satu sen pampasan pun daripada Grab. Penumpang pukimak hempas pintu kuat-kuat, penumpang mabuk, kotorkan kereta, pemandu sendiri yang kena hadap, bukan Grab peduli pun. Tak dinafikanlah memang ada juga pemandu yang biadab dan tak beretika. Tapi dalam sebulan kau guna Grab, berapa kali sangatlah kau dapat pemandu macam tu. Nak bandingkan dengan kami pemandu ni, dalam sehari je jenuh dapat penumpang buat taik.

SYARAT GRAB VS SYARAT KERAJAAN

Jadi bila kerajaan dah kuat kuasakan undang-undang baru, aku gelak besar. Padan muka Grab. Yelah, aku padan muka pun Grab tetap kaya raya, aku ni ada apa je. Tapi sekurang-kurangnya aku puaslah. Dah tentu pemandu semakin berkurang. Pemandu mana lagi yang sanggup nak hadap pemeriksaan ketat PUSPAKOM tu. Grab bolehlah nak tawarkan itu ini, tayar baru dan sebagainya, tapi itu semua dah tentu makan kos besar. Sebelum ni bukan main sedap Grab lanyak pemandu dengan macam-macam syarat untuk pemandu dapatkan insentif, dah macam haram jadah syaratnya. Sekarang bila kerajaan letakkan syarat baru dan wujudkan undang-undang yang lebih ketat, barulah Grab tahu betapa peritnya bila syarat-syarat baru ni diperkenalkan. Ada ubi ada batas. What you give you get back.

Bila pemandu kurang, untung pun dah kurang. Sebab tu Grab pernah keluar kenyataan harga tambang akan naik. Bila harga tambang dah macam harga tambang teksi biasa, penumpang ada akan beralih pula pada teksi biasa. Baru-baru ni pun aku naik teksi, harga lebih murah daripada Grab. Sekarang pun teksi biasa dah ada yang ambil tempahan guna apps. Maka aku harap lebih banyak apps yang boleh disediakan kepada pemandu teksi supaya boleh bersaing dengan Grab. Maka Grab tidak lagi memonopoli pasaran dan seterusnya keuntungan mereka tidaklah meroket secara melampau seperti sebelum ini. Barulah Grab akan tahu untuk menghargai pemandu, baru Grab sedar tanpa pemandu mereka tak akan berada di tahap ini, baru Grab sedar yang mereka dah menganiaya pemandu-pemandu otai yang Grab halau macam anjing kurap selama ni. Doa orang-orang teraniaya ni makbul. Jadi bayangkanlah kalau dah beribu bekas pemandu Grab mendoakan supaya Grab jahanam, takkan tak ada satu pun yang akan makbul.

Grab kena sedar, mereka tak akan selamanya menguasai pasaran. Kalau sekarang mereka rasa mereka paling handal, 10 tahun akan datang akan ada syarikat yang lebih hebat akan muncul.

KESIMPULAN

Sebagai penutup, aku cuma nak berpesan pada individu-individu lain yang berhasrat nak menambah pendapatan dengan memandu GrabCar. Kita kena sedar bila kita dah jadi pemandu GrabCar, kita adalah kuli. Kalau nak memandu secara separuh masa, nak tambah sikit-sikit pendapatan, dipersilakan. Tapi fikir panjang sebelum buat keputusan nak buat secara sepenuh masa. Bila kita memandu 3,000 hingga 4,000 kilometer setiap bulan, agak-agak berapa lama kereta kita mampu bertahan? Kalau setahun mileage boleh sampai 50,000, kereta tu nak kena bayar sampai 9 tahun, kau rasa berbaloi ke? Kau stress kerja dekat tempat kerja kau, kau cari kerja tempat lain supaya kau ada pendapatan tetap. Jangan pernah terfikir untuk memandu Grab sepenuh masa. Memandu Grab pun nak kena  hadap macam-macam jenis stress juga. Daripada apa yang aku cerita kat atas, adakah korang rasa Grab adalah majikan yang bagus? Adakah mereka peduli kebajikan pemandu? Kalau kau tiba-tiba kena banned atas sebab-sebab mengarut macam pemandu-pemandu lain kena, 'gelap' masa depan kau.

Aku cuma nak cakap pada Grab, FUCK YOU CAPITALIST.

Nur Hadi Mohammad

Post a Comment

0 Comments