Isu Anugerah Kehormat Tentera - Ini Penjelasan Tindakan Mat Sabu

Ini penjelasan berdasarkan fakta. Saya alu2kan pandangan berbeza / kritikan, ttp biarlah scr berhemah berdasarkan fakta & hujah bernas.

Sblm nak kondem, baca dulu:

1. Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 1, Tahun 1996 (minit mesyuarat olh pimpinan tertinggi Angkatan Tentera yg sulit, maka tdk dilampirkn)
2. Seksyen 198, Akta Angkatan Tentera 1972

Dalamnya diperuntukkan sebegini....


1. Jawatan KM2 & MB2 setiap negeri datangnya seiring dgn jawatan 'PENAUNG JAKPAW NEGERI' dgn gelaran 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)'.

Maksudnya, siapa2 pun naik sbg MB ataupun KM akn dilantik scr otomatik sbg 'PENAUNG JAKPAW NEGERI', dgn gelaran 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)'.

2. Perkara ini sama seperti jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri yg datangnya seiring dgn jawatan 'PENGERUSI JAKPAW NEGERI' dgn gelaran 'KOL (KEHORMAT)'.

Maksudnya, siapa2 pun naik sbg SUK akn dilantik scr otomatik sbg 'PENGERUSI JAKPAW NEGERI', dgn gelaran 'KOL (KEHORMAT)'.

Benda ini lebih kurang macam gelaran2 seperti "Yang Amat Berhormat Perdana Menteri" ataupun "Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor". 'YAB' datangnya seiring dgn jawatan MB Selangor ataupun PM yg disandang.

MB Selangor Amirudin Shari tidak pernah menerima anugerah 'Dato' dari mana2 Raja2 Melayu mahupun TYT Negeri, ttp oleh sbb beliau menyandang kerusi MB Selangor yg datangnya dgn gelaran "YAB Dato' MB", maka beliau dipanggil 'Dato' MB'.

Gelaran2 ini bukan suka2 letak, bukan suka2 bagi, tetapi ia telah diperuntukkan & diwajibkan di bawah undang2, peraturan2 & arahan2 sedia ada. Kalau tidak dibuat, yg terjadi adalah pelanggaran undang2 / peraturan2 / arahan2 sedia ada.

Sbb itu masa Khaled Nordin & Azlan Man jadi MB Johor & Perlis, mereka pernah dianugerahkan gelaran 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)' pd Ogos 2015, sbb gelaran kehormat tersebut seiring dgn jawatan mereka sbg Penaung JAKPAW Johor & Perlis.


Sbb itu masa Adenan Satem jadi KM Sarawak, beliau pernah dianugerahkan gelaran 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)' pd Februari 2016, sbb gelaran kehormat tersebut seiring dgn jawatannya sbg Penaung JAKPAW Sarawak.


Sbb itu masa Ahmad Razif Abd Rahman jadi MB Terengganu, beliau pernah dianugerahkan gelaran 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)' pd Oktober 2016, sbb gelaran kehormat tersebut seiring dgn jawatannya sbg Penaung JAKPAW Terengganu.


Apabila Menteri Pertahanan sblm ini mengatakan "tiada gelaran utk ahli politik", ahli2 politik yg dimaksudkan adlh golongan yg tdk diperuntukkan mana2 undang2, tetapi sengaja diberikan utk tujuan meraih sokongan politik. Itu yg ingin dicegah oleh Menteri Pertahanan.

Ahli-ahli politik yg dimaksudkan adlh wakil rakyat biasa, Ketua2 Bahagian/Cawangan/Cabang parti politik, Ketua2 Sayap parti politik dsb. Kedudukan mereka berbeza dgn kedudukan MB/KM/SUK.

Yg terakhir..... oleh sbb gelaran2 kehormat ini datangnya dgn jawatan MB/KM/SUK, Angkatan Tentera Malaysia berhak menarik balik gelaran2 kehormat ini setelah tempoh jawatan MB/KM tersebut berakhir.

Ye lah. Dah habis tempoh sbg MB / KM / SUK, takdelah jawatan Penaung / Pengerusi JAKPAW. Dah takde jawatan Penaung/Pengerusi JAKPAW, takdelah gelaran kehormat 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)'.

Clear?

Sebenarnya benda ni simple je. Tetapi apabila sesetengah pihak ketandusan modal politik, mereka secara sengaja spin dan mempolitikkan perkara ini untuk meraih sokongan politik. Maka ia menjadilah isu besar walaupun hakikatnya tiada isu pun.

adrian lim chee en

Post a Comment

0 Comments