Joget Dulu, Pastu Mintak Maaf. Testing Market Seksi Kot...

Pengajur tidak tahu, yang berurusan dengan penganjur ni mungkin tidak tahu juga. Yang kat majlis tu pun, rasanya lagi tidak tahu.

Malaysiakini | Penganjur pertandingan tarian di Perak memohon maaf berikutan dakwaan beberapa peserta yang berpakaian tidak sepatutnya pada satu acara Sabtu lalu.

Penganjur Perak Muda Medalist Dancesport Competitions 2019 dan 7th Perak Show Dance Champonships 2019, JJ & Alice Danceworld, memohon maaf kerana tidak mematuhi kod pakaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan Persatuan Tarian Malaysia Bersatu (Muda).

Bagaimanapun, penganjur mendakwa bahawa peserta tidak tahu mengenai syarat pakaian, memandangkan mereka tidak dimaklumkan mengenanya.

“Atas sebab yang tidak dapat dijangka, kami sebagai penganjur, gagal untuk memaklumkan kepada para peserta mengenai kod pemakaian.


"Kami memohon maaf atas kesilapan kami yang telah memberi kesan kepada persatuan tarian negara - Muda - dan Kementerian Pendidikan," kata JJ & Alice Danceworld dalam satu kenyataan.

Gambar dari acara yang berlangsung di Ipoh, Perak itu menunjukkan beberapa peserta berpakaian seperti penari gelek.

Sementara itu, penganjur juga memohon maaf atas penggunaan logo Kementerian Pendidikan sebagai latar belakang acara tanpa mendapat nasihat terlebih dahulu dengan kementerian itu.

Post a Comment

0 Comments