Kerana Bapa Langgar Lampu Merah - Kemalangan Putrajaya Semalam

Kemalangan membabitkan dua kereta sehingga mengorbankan seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Jambatan Sri Ehsan di Putrajaya, kelmarin, berpunca daripada kesilapan bapanya melanggar lampu isyarat merah.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, perkara itu diperoleh daripada hasil siasatan yang dijalankan polis serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Punca kemalangan pemandu kereta Alza melanggar lampu merah. Pemandu terbabit ditahan dan diberi jaminan polis selepas siasatan selesai. Selain itu, pemeriksaan saringan ujian air kencing terhadap lelaki terbabit adalah negatif.



Semalam, portal Harian Metro melaporkan mengenai video tular pada laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp yang memaparkan seorang bapa berulang kali menyebut kalimah syahadah kepada anak di pangkuannya selepas mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan.

Menerusi rakaman video menyayat hati berdurasi 30 saat itu, lelaki terbabit dilihat mengajar kanak-kanak perempuan kalimah berkenaan dan dalam masa sama memangku kepala seorang lagi anak perempuannya.

Turut kelihatan ialah dua kanak-kanak lelaki di sisi dengan seorang daripadanya terbaring dan menangis kesakitan.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit meninggal dunia di Hospital Putrajaya 9.50 malam selepas kejadian itu kerana parah di kepala.

Semalam, Rosly dilaporkan berkata, mangsa bersama enam ahli keluarga iaitu ibu bapa dan tiga adik-beradik berusia tiga hingga lapan tahun menaiki Perodua Alza, terbabit kemalangan dengan kereta jenis Audi.

Beliau dipetik berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu bapa mangsa menuju ke Persiaran Timur, berlanggar dengan kereta dipandu lelaki berusia 37 tahun yang datang dari arah Jalan Tun Hussein di persimpangan lampu isyarat.

Pandu Cermat, Patuhi Undang-Undang, Ingatlah Orang Tersayang


HM

Post a Comment

0 Comments