Mungkin Ini Tingkatkan Kuasa Beli Rakyat - PH Kekal Dasar BN (Tiada Diskaun Saman JPJ)

Kementerian Pengangkutan tiada hasrat menyemak semula dasar tiada diskaun terhadap notis saman yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Menterinya Anthony Loke berkata sesiapa yang disaman kerana melanggar peraturan lalu lintas atau melanggar Akta Pengangkutan Jalan 1987 perlu bertanggungjawab atas kesalahan tersebut.

Katanya, matlamat dasar tiada diskaun itu ialah untuk mendidik pengguna jalan raya agar tidak melakukan kesalahan lalu lintas secara berulang serta mengurangkan kemalangan jalan raya.

"Diskaun terhadap setiap notis saman yang dikeluarkan akan melahirkan pengguna jalan raya yang tidak takut untuk melakukan kesalahan jalan raya dan negara kita akan gagal membentuk pengguna jalan raya yang menghormati undang-undang," katanya dalam jawapan bertulis kepada Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Bachok) berkenaan sama ada Kementerian Pengangkutan akan menyemak semula dasar itu.

Januari lalu, Loke mengumumkan dasar tidak menawarkan pengurangan atau diskaun terhadap notis kompaun JPJ akan dikekalkan.

MK

Post a Comment

0 Comments