Pegawai Kanan Salahuddin Ayub Beli Sendiri Jam Berharga RM 28K..

Menteri undang-undang Liew Vui Keong berkata SPRM telah melepaskan pegawai kanan menteri pertanian Salahuddin Ayub daripada siasatan menerima suapan jam mewah RM28,000 daripada sebuah syarikat pemaju.

Liew berkata, setiausaha politik 47 tahun itu sebaliknya membeli sendiri jam itu.

SPRM membebaskan kerana dia dapat menjelaskan di mana dia mendapat wang untuk membeli jam tangan itu, 
Saya difahamkan pegawai tersebut isytiharkan dia punya interest (kepentingan) dalam perkara itu sebelum pihak SPRM membuat tindakan
Jadi, konflik kepentingan seperti disebutkan oleh YB senator tidak wujud

Terdahulu, Ibrahim mengatakan menerima aduan terdapat konflik kepentingan dan campur tangan kerajaan dalam kes ini.

Pada 1 April, SPRM menahan pegawai Salahuddin itu atas dakwaan menerima jam tangan mewah sebelum dibebaskan empat hari kemudian.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM.

Salahuddin bagaimanapun menafikan kewujudan projek pembangunan yang dikatakan dalam penahanan pembantunya.

MK

Post a Comment

4 Comments

  1. Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete