Akan Dirobohkan, Sebab Bangunan Berbentuk Rehal Al-Quran ?


Struktur bermotif rehal (tempat letak Quran untuk dibaca) di puncak Menara DBP akan dirobohkan oleh JKR Wilayah Persekutuan dengan keizinan Lembaga Pengarah DBP.

Saya melihat motif rehal ini sebagai syiar Islam, sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Saya juga melihat kerja tidak cerdik merobohnya sebagai ciri-ciri Islamafobia.

Ada pihak yang fobia dengan Islam di negara ini. Siapa mereka, itu kena tanya sama hud hud. Orang beritahu, struktur itu sudah berkarat dan berbahaya. Saja nak tanya, Menara DBP baru berapa tahun ya?

Kita terima sajalah alasan struktur besi itu berkarat dan hendak roboh. Tetapi dalam kalangan kita,  seingat kita ada tak kes struktur besi yang diroboh? Besi apa yang digunakan?

Kalau motif itu sebenarnya syiar Islam sekalipun, itu memang kena pada tempatnya. Yang tak kena pada tempatnya ialah salib setinggi bangunan di Pulau Pinang. Itu syiar Kristian. Kata Menteri Agama, salib itu tidak menjejaskan akidah. Betullah tu.

Rehal pun tidak menjejaskan pegangan penganut agama selain Islam.  Tetapi kenapa perlu diroboh. Maaf cakaplah, alasan struktur berkarat tidak cukup kuat untuk diterima akal. Kalau benar berkarat, kenapa tidak baiki? Kosnya lebih kecil dari merobohkan semuanya.

Ku Seman

Post a Comment

2 Comments