Kerana 2 Billion - Najib Kata Syed Saddiq Menteri Jahat


Menteri ini agak jahat.

Hanya kerana ingin pertahankan kes jual lembu untuk beli laptop mereka, dia sanggup berfitnah.

Dia tuduh UMNO dapat duit RM2 bilion baru-baru ini selepas menjual saham mereka dalam 4 syarikat.

Dia berdasarkan tuduhan ini atas satu laporan salah dari The Edge yang sudahpun dinafikan oleh Tok Mat.

Mana datang RM2 bilion, soal Mat Hasan
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/173011

Beberapa bulan dahulu, The Edge juga membuat laporan salah bahawa kerajaan nak lucut hak 26 kereta mewah dan berpuluh akaun bank yang kononnya milik saya.

Rupa-rupanya 26 kereta "mewah" yang dimaksudkan mereka adalah 26 buah kereta Toyota Urvan milik sebuah NGO manakala berpuluh akaun bank itu milik orang lain dan NGO.

Kalau menteri ini pakai otak sikit, dia akan tahu bahawa akaun-akaun bank UMNO sudahpun dibeku oleh kerajaan akibat penindasan politik.

Jika dia fikir sedikit mendalam lagi, dia akan faham bahawa RM2 bilion itu adalah satu jumlah yang besar dan kerajaan PH tentu dapat kesan jika dana itu benar-benar milik UMNO.

Tentu kerajaan PH akan sekat lagi jika ianya benar.

Kes RM2.6 bilion masuk akaun bank saya untuk 4 bulan sahaja sebelum dipulangkan kepada penghantar asal, semua tahu walaupun pada masa itu mereka adalah pembangkang.

Oleh itu, mana mungkin dana RM2 bilion masuk ke akaun UMNO akibat penjualan saham, kerajaan tak dapat kesan?

Yang saya tak faham pula ialah kenapa MB Perak yang juga ADUN PPBM boleh menyumbang 5 ekor lembu terus kepada cawangan parti PPBM?

Berapa ekor lembu lagi disumbangkan oleh dia kepada cawangan-cawangan parti PH lain?

MB Perak beli lembu itu guna duit sendiri atau duit kerajaan Perak?

Adakah ianya sudah halal untuk kerajaan PH menyalur sumbangan terus kepada parti politik?

Menteri itu ada jawapan, tak?

https://twitter.com/syedsaddiq/status/1159685592080211968?s=21

Najib Razak

Post a Comment

2 Comments

  1. Penyangak dan penyamun marah sebab kejahatan mereka terbongkar. Najib marah sebab Syed Saddiq mendedahkan harta2 syubhah yang penyamun miliki. Betapa kayanya UMNO ni setelah memerintah Malaysia selama 6 dekad. Tetapi fakta yang harus orang melayu sedar adalah betapa miskinnya orang melayu semasa berada dibawah pemerintahan UMNO Bn ni. UMNO mempunyai banyak aset yang bernilai berbillion2. Pemimpin2 UMNO memiliki kekayaan berjuta2 sehingga cukai mereka pun bernilai billion dan ratus juta. Manakala orang melayu yang kononnya mendapat perlindungan dan keistimewaan "ketuanan melayu" yang dicipta oleh UMNO hanya dapat pembohongan, hanya dapat GST, hanya dapat Tol yang sentiasa meningkat, hanya dapat hutang 1MDB, hanya dapat harga minyak yang sentiasa meningkat dan paling dahsyat mendapat cacian oleh Najib seperti haram jadah atau kejian oleh ternakan UMNO seperti PAS yang mengkafirkan umat islam yang tak minat dengan politik "cash is king" dan politik tunggang agama.

    Inilah natijah dari pemerintahan UMNO yang kini disokong oleh PAS. Selama 6 dekad memerintah Malaysia, UMNO jadi parti yang kaya raya sehingga boleh "membeli" PAS sedang umat islam dan orang melayu menjadi golongan yang paling miskin dan paling tertinggal dari sudut pencapaian ekonomi mahupun pembahagian kekayaan negara. Pemerintahan penyamun selama 6 dekad memperkayakan sang penyamun dan memiskinkan orang melayu. Pemerintahan puak penunggang agama pula memperbodohkan umat islam malah memundurkan kemajuan umat islam sehingga isu bekalan air pun tak mampu nak selesai walaupun sudah berdekad2 dan sudah berratus2 juta wang disalurkan.

    Pemerintahan PH pula apa kebaikan dan kekurangannya? Pemerintahan PH adalah kerajaan baru. Semuanya baru, baru belajar menjadi lancar dan efisien, baru belajar membuat kesalahan dan baru belajar menjadi lurus bendul. Segala yang baru pasti ada kesalahan dan kelemahan tetapi ia juga seiring dengan perkara2 yang baik dan elok. Sebagai kerajaan yang baru, PH mempunyai mandat untuk memerintah sehingga sepenggal maka adalah pembohongan malah fitnah menuduh PH sebagai penipu and mungkir janji ketika PH belum pun cukup usianya sepenggal sebagai kerajaan. Sekiranya PH sudah cukup tempoh sepenggal sebagai kerajaan yang masih banyak lagi janji2 dan prinsip2 yang tidak tertunai maka hanya masa itulah PH boleh di gelar pembohong dan mungkir janji.

    Dibandingkan antara PH yang masih belum cukup tempoh sepenggal sebagai kerajaan dengan UMNO BN danPAS yang sudah menjadi kerajaan pusat dan negeri berpenggal2, siapakah yang banyak berbohong dan mungkir janji? PH atau UMNO BN dan PAS? Rasanya selama berdekad UMNO BN memerintah berkoyan2 penipuan yang mereka lakukan dan banyak bertan2 juga janji yang mereka mungkir. malah PAS sebagai kerajaan negeri juga memang terkenal sebagai kerajaan yang tak mampu dan tak bermaya untuk tunai janji malah sangat terkenal sebagai pemerintah yang kerap berdolak dalik, putar belit dan melawok. maka sepatutnya orang melayu dan rakyat Malaysia menilai dengan jujur, siapa yang penipu dan siapa yang suka mungkir janji! kerajaan yang belum cukup sepenggal memerintah atau parti2 penyamun dan penunggang agama yang dari dulu suka berjanji dan suka menipu. Tepuk dada, buka rekod pencapaian negara serta negeri2 dan jawapannya sangat jelas! ABUK! Asalkan Bukan Umno dan Kelibatnya!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Siapa agaknya cif PR najib skrg? Tera jg dia. Awal dulu dia guna pendekatan agresif menyerang dgn Malu apa bossku. Skrg dah dekat nak masuk penjara, tukar guna pendekatan tarik simpati pula..... Sniper nak tembak la, cepat betul org lupakan dia la.... Ha ha ha

    ReplyDelete