Koon Yew Yin Hina Tentera! - Askar Hanya Makan Tidur



Saya tahu Koon Yew Yin ini adalah kawan baik dengan pemimpin PH.

Saya faham kamu juga adalah penderma dana politik kepada mereka.

Tapi kenyataan seperti ini sudah keterlaluan dan merupakan satu penghinaan serious kepada seluruh pasukan keselamatan kita.

“Anggota tentera, seperti yang kita ketahui, hanya makan dan tidur sahaja. Majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran. Sepatutnya mereka digunakan untuk ganti pekerja asing yang diupah di ladang FELDA,”

Oleh kerana NGO-NGO yang kononnya jaga maruah dan kepentingan tentera kita seperti Patriot lebih berminat dengan isu Zakir Naik, saya terpaksa bersuara.

Dividen LTAT tahun 2018 yang sudah lewat berbulan-bulan, mereka turut berbisu.

Apatah lagi dengan penghinaan askar kita seperti ini dari kawan baik PH?

http://koonyewyin.com/2019/08/12/my-proposal-for-the-reduction-and-improvement-of-our-civil-service/

https://www.airtimes.my/2019/08/13/askar-hanya-makan-tidur-tak-pernah-menembak-baik-kerja-ladang-felda-ahli-perniagaan/

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments