Tulisan Khat - MCA Hasut Orang Cina, APA KATA PAS?


Ini terjemahan 10 kenyataan mandarin pemimpin-pemimpin MCA di seluruh negara beberapa hari ini. MCA sengaja mengeluarkan kenyataan dalam bahasa mandarin supaya orang Cina dihasut habis-habisan, dan pada masa yang sama masyarakat Melayu tidak faham sepatah hasutan yang sedang dimainkan oleh MCA.

Tapi tidak apa. Saya terjemahkan kenyataan-kenyataan tersebut untuk dibaca orang ramai. Kita lihat betapa jijiknya hasutan-hasutan MCA. Jangan lupa bantu sebarkan supaya topeng MCA ditanggalkan.

1. "MCA & MASYARAKAT CINA BERDIRI TEGUH, TOLAK SEKERAS-KERASNYA PENGENALAN SENI KHAT DALAM SILIBUS PENDIDIKAN SJK (C)" -kain rentang yang dipegang oleh Wee Ka Siong (Presiden MCA) & Mah Hang Soon (Pengerusi MCA Perak)
(Dilaporkan oleh akhbar Kwong Wah di https://www.kwongwah.com.my/wp-content/uploads/2019/08/190804gn01.jpg)


2. "SENI KHAT 'MENCABUL' PENDIDIKAN SJK (C), SUDAH MASANYA MASYARAKAT TIONGHUA LAWAN HABIS-HABISAN," kata MCA Tambun
(Dilaporkan oleh akhbar Sin Chew di https://www.sinchew.com.my/content/content_2093884.html)



3. "BANGKIT LAWAN HABIS-HABISAN POLISI UNTUK MEMPERKENALKAN SEMULA SENI KHAT," seru bekas Presiden MCA Liow Tiong Lai kepada masyarakat Cina
(Dilaporkan oleh akhbar China Press di http://www.chinapress.com.my/20190803/%E7%88%AA%E5%A4%B7%E6%96%87%E8%AF%BE%E9%A2%98%E6%88%90%E5%8D%8E%E6%95%99%E9%9A%90%E5%BF%A7-%E5%BB%96%E4%B8%AD%E8%8E%B1%E5%90%81%E5%8D%8E%E7%A4%BE%E5%8F%91%E5%A3%B0%E9%98%BB%E6%AD%A2/)



4. "PENGENALAN JAWI TIDAK MAMPU MENINGKATKAN TARAF BAHASA KEBANGSAAN," kata Wee Ka Siong
(Dilaporkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau di https://www.enanyang.my/news/20190804/%E3%80%90%E5%8D%8E%E6%B7%A1%E5%B0%8F%E5%AD%A6%E7%88%AA%E5%A4%B7%E4%B9%A6%E6%B3%95%E3%80%91%E9%AD%8F%E5%AE%B6%E7%A5%A5%E9%89%B4%E8%B5%8F%E7%88%AA%E5%A4%B7%E6%96%87-br%E6%97%A0%E6%B3%95/)



5. WANG RINGGIT ADA TULISAN JAWI: WEE KA SIONG SINDIR 'LEBIH BAIK DR MASZLEE PERGI MAIN WAU'
(Dilaporkan oleh akhbar China Press di http://www.chinapress.com.my/20190804/%E2%97%A4%E7%88%AA%E5%A4%B7%E4%B9%A6%E6%B3%95%E8%AF%BE%E9%A2%98%E2%97%A2-%E9%92%9E%E7%A5%A8%E6%9C%89%E5%B0%B1%E8%A6%81%E5%AD%A6%EF%BC%9F-%E9%AD%8F%E5%AE%B6%E7%A5%A5%E6%8F%B6%E6%8F%84%E9%A9%AC%E6%99%BA/)



6. WEE KA SIONG (PRESIDEN MCA) SINDIR TEO NIE CHING (TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN DARI DAP) SEBAGAI 'MAK CIK JAWI'
(Dilaporkan oleh akhbar China Press di http://www.chinapress.com.my/20190803/%E2%97%A4%E7%88%AA%E5%A4%B7%E6%96%87%E4%B9%A6%E6%B3%95%E8%AF%BE%E9%A2%98%E2%97%A2-%E9%AD%8F%E5%AE%B6%E7%A5%A5%E5%90%81%E5%BC%A0%E5%BF%B5%E7%BE%A4-%E5%8B%BF%E5%BD%93%E5%BC%A0%E7%88%AA%E5%A4%B7/)



7. "TEO NIE CHING TIDAK HIRAU PANDANGAN MASYARAKAT CINA DALAM KEPUTUSAN MELAKSANAKAN SENI KHAT," kata MCA Pasir Gudang
(Dilaporkan oleh akhbar Sin Chew di https://www.sinchew.com.my/pad/con/content_2094719.html)



8. "TEO NIE CHING TIDAK HIRAU SUARA MASYARAKAT CINA MEMBANTAH SENI KHAT," kata Wakil MCA Pulau Pinang
(Dilaporkan oleh akhbar Sin Chew di https://www.sinchew.com.my/pad/con/content_2094575.html)



9. "TEO NIE CHING BALAS MASYARAKAT CINA DENGAN MELAKSANAKAN SENI KHAT DALAM SILIBUS SJK(C)," kata Ketua Biro Komunikasi & Diplomasi Antarabangsa MCA, Dr Tee Ching Seng
(Dimuatnaik oleh MCA di http://mca.org.my/1/Content/SinglePage?_param1=04-082019-170372-08-201904&_param2=TS)



10. "PENGENALAN SENI KHAT BUKAN CARA BAIK MENGHAYATI BAHASA KEBANGSAAN," kata Wee Ka Siong
(Dilaporkan oleh akhbar Kwong Wah di https://www.kwongwah.com.my/20190804/%E8%AE%A4%E8%AF%86%E7%88%AA%E5%A4%B7%E4%B9%A6%E6%B3%95%E6%8F%90%E5%8D%87%E5%9B%BD%E8%AF%AD-%E9%AD%8F%E5%AE%B6%E7%A5%A5%EF%BC%9A%E9%9D%9E%E6%9C%80%E5%A5%BD%E6%95%99%E5%AD%A6%E6%B3%95/)



Ini kiriman orang ramai yg meminta terjemahan. Kain rentang kain rentang seperti ini sedang dipasang oleh MCA di seluruh negara. Saya terjemahkan supaya org ramai faham.



KAIN RENTANG ATAS KIRI:
"Bagitau dia (Liew Chin Tong), masyarakat Cina bukan masyarakat bodoh."
-> Ertinya MCA sedang menghasut orang Cina utk bangkit hentam DAP sebab DAP setuju pelaksanaan seni khat.

KAIN RENTANG KANAN ATAS:
"Timbalan Menteri Pendidikan umum seni khat akan terus dilaksanakan. Cun tak cun?"
-> Ertinya MCA sedang guna perang psikologi utk memomok masyarakat Cina bahawa DAP sedang menzalimi masyarakat Cina dengan pelaksanaan seni khat.

KAIN RENTANG BAWAH:
"Perubahan pendidikan masyarakat Cina bermula di sini (oleh sebab seni khat), oleh Teo Nie Ching"
-> Ertinya MCA sedang menakut-nakutkan masyarakat Cina bahawa sistem pendidikan masyarakat Cina sedang dicabul akibat persetujuan DAP melaksanakan seni khat dlm silibus pendidikan.

Nampak tak hasutan2 MCA ini?
Nampak tak betapa teruk DAP & PH ditibai sebab setuju dengan seni khat?

Sudah terang lagi bersuluh DAP antara yg setuju & berusaha laksanakan seni khat (sbb itu ditibai MCA), tapi tetiba DAP dituduh oleh UMNO PAS menolak seni khat anti Islam bagai. Pembangkang dah bangang level berapa nih?

Nota kaki: Kalau jumpa poster ke kain rentang yg tidak faham, blh je PM admin. Admin bantu terjemahkan supaya org ramai blh nampak betapa jijiknya politik yg dimainkan MCA & UMNO.

Apabila kerajaan membuat keputusan memperkenalkan semula seni khat, yang setuju adalah majoriti Melayu, termasuk segelintir masyarakat bukan Melayu seperti saya. Yang tidak setuju pula adalah majoriti masyarakat Chinese. Dan inilah kesempatan yang cuba diambil oleh MCA untuk meraih sokongan politik orang Cina.

Sementara itu, UMNO yang berpayung bersama MCA di bawah bendera BN, buat-buat tidak tahu tidak nampak je lah, dan biarkan MCA terus menghasut orang Cina untuk membenci polisi kerajaan PH yang ingin memperkenalkan semula seni khat dalam silibus pendidikan.

Memandangkan MCA sedang memainkan peranan aktif menghasut orang Cina, kerajaan PH menjadi terperangkap.

Kalau khat/jawi dipromosi, kerajaan PH dimaki hamun oleh masyarakat Chinese yang dihasut oleh MCA.
Kalau khat/jawi tidak dipromosi, kerajaan PH dimaki hamun pula oleh masyarakat Melayu yang dihasut oleh UMNO.

Nampak? Inilah mainan politik BN, dari dulu sampai sekarang. MCA hasut Chinese benci Melayu, UMNO pula hasut Melayu benci Chinese. Hasilnya Chinese prasangka buruk terhadap Melayu, Melayu pun prasangka buruk terhadap Chinese. Jadi macam mana kita nak move on dan maju ke hadapan sebagai satu negara yang bersatu?

Sebab itu saya buat keputusan untuk terjemahkan kenyataan2 MCA untuk dibaca oleh semua. Tidak kisah lah mereka pun berketurunan Chinese macam saya. Saya sudah cukup muak dengan politik perkauman, politik berprasangka buruk antara kaum.

Saya secara peribadi setuju 100% dengan polisi kerajaan PH untuk melaksanakan pengenalan seni khat. Malah saya telah berusaha memujuk orang ramai menerima seni khat. Tidak rugi pun menambah ilmu. Lagipun khat/jawi adalah identiti asal usul Malaysia. Ini identiti negara saya. Ini identiti saya sebagai anak Malaysia. Kita cuma perlu berlapang dada dan berfikiran positif.

Malangnya bukan semua Chinese macam saya, maka peranan kecil yang saya cuba mainkan adalah untuk pupuk kesefahaman antara satu sama lain. Dalam masa yang sama, saya minta kawan-kawan Melayu cuba faham bahawa penentangan masyarakat Chinese terhadap seni khat kebanyakannya hasil hasutan tangan-tangan ghaib seperti MCA.

Ambil sedikit masa cari punca hasutan-hasutan ini. Jangan seluruh masyarakat Chinese dibalun, tapi sasarkan serangan itu terhadap pelaku-pelakunya, iaitu MCA. Benda yang sama disaran kepada masyarakat Chinese. Jangan dibalun seluruh masyarakat Melayu, tapi sasarkan serangan itu terhadap pelaku-pelakunya, iaitu UMNO.

AdrianLim

Post a Comment

0 Comments