Sebenarnya, jika kita minum air manis kemudian kita bilas air kosong banyak-banyak, ia tetap tak bagus!
Contoh:
1 hidangan boba milk tea(250ml)
= 10 sudu teh gula
= 50g gula
Kita minum 1 cawan/hidangan, bermakna kita ambil 50g gula. Kemudian kita minum 1 liter air kosong. Rasa macam ia akan kurangkan kepekatan gula dalam darah kita kan?
Hakikatnya, tak begitu! Air banyak-banyak yang kita minum tadi akan keluar dari badan sebagai air kencing, dan gula tadi kekal dalam badan.
Jadi, berapa banyak pun kita minum air kosong selepas atau sebelum itu, tetap ada 50mg gula telah masuk dan berada dalam tubuh kita.
Gula tu, hanya akan hilang jika kita bakar dia dengan melakukan aktiviti fizikal. Nak bakar 50g gula ni perlu berjalan 1 jam, atau jogging 30 minit.
Kalau tak buat aktiviti ini, mana gula tu pergi? Jadi lemak. 50g gula ada sekitar 200 kalori, jika tak dibakar ia akan jadi sekitar 30mg lemak.
Ikut saranan WHO, satu hari kita perlukan tidak lebih 50g gula sehari. Bermakna 1 cawan boba milk tea sahaja dah ngam-ngam atau lebih jumlah saranan harian.
Kesimpulannya: gula berlebihan dalam badan, tak boleh dikurangkan dengan minum air kosong banyak-banyak. Sebab gula tu tak akan keluar melalui air kencing.
Kalau dah tahap keluar melalui air kencing, itu dah kena kencing manis namanya.
Salam Merdeka!
Merdekakan diri kita dari gula!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Nota: boleh minum, tapi jangan kerap, dan pastikan bakar semula kalori berkenaan.
0 Comments