Kisah Projek Jual Negara


Sebelum PRU14, PM ke-4 kuat mengecam projek Forest City di Johor serta menyerang saya dan Sultan Johor dengan menyifatkan projek ini sebagai projek tak guna dan hanya sekadar projek jual negara kepada China.

Masa itu, dia sindir bahawa dia harap hanya  kera dan monyet sahaja yang akan tinggal di Forest City.

(Siapa yang pernah termakan fitnah ini dan maki saya, sila angkat tangan)

Selepas PRU14 pula, PM ke-7 memberi sijil penghargaan kepada projek Forest City.

Pagi ini, media melaporkan bahawa 20,000 buah rumah untuk pembeli dari China dan lain-lain negara di projek Forest City akan siap tahun ini.

Dilaporkan juga bahawa PM ke-7 tidak lagi menganggap projek Forest City sebagai projek jual negara.

Projek itu juga tidak dihentikan oleh PM ke-7 seperti dijanji oleh PM ke-4.

Syarikat itu juga bangga bahawa Forest City adalah satu-satunya syarikat sahaja yang menerima anugerah dari PM ke-7 kerana telah menyumbang cukai sebanyak RM300 juta, memberi kontrak bernilai RM1.6 bilion kepada syarikat tempatan dan menyumbang RM10 juta untuk projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) tempatan.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/09/10/in-johor-forest-city-set-to-deliver-20000-units-to-china-other-buyers-this/1788986

Pagi ini juga, persatuan pengguna Pulau Pinang memberi amaran tentang penjualan rumah Pulau Pinang secara lambak kepada warga Hong Kong yang sedang berlaku.

CAP beri amaran ‘jualan murah’ pemaju hartanah Malaysia di Hong Kong
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/09/10/cap-ingatkan-jualan-murah-pemaju-hartanah-malaysia-di-hong-kong/

Ini berikutan kerajaan PH mengalu-alukan penduduk Hong Kong duduk di Malaysia:

Penduduk Hong Kong yang tidak bermasalah dialu-alukan tinggal di Malaysia
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/178559

#FitnahSudahMenang

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments