Kerana Kerajaan PH Tidak Tegas Terhadap Penghina Rasulullah..

Isu agama tiba-tiba menjadi topik hangat selepas PH memerintah, malahan isu bangsa juga menjadi bualan sejauh mana kerajaan PH mampu meredakan dan menunjukkan komitmen terhadap bangsa majority dan agama perlembagaan.

Isu hina nabi muhammad saw bukanlah isu baru, malah sejak era pemerintahan BN lagi isu ini sentiasa ada tetapi emosi rakyat terkawal dan pihak penguatkuasa mampu mengawal keadaan.

Seruan syahid tidak boleh dipandang biasa oleh kerajaan PH, ini kerana ia mampu membangkit semangat extrime agama yang boleh menjejaskan keharmonian ataupun mencetus huru hara. Isu ini juga boleh dijadikan modal oleh mereka yang berkepentingan mencetuskan provokasi melampau.

Laporan malaysiakini :

Meskipun diberi amaran oleh pihak polis supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes tembakan di Pulau Pinang baru-baru ini, pemimpin Puteri Umno dengan yakin dan terbuka merujuk penyerang yang terlibat kes tersebut sebagai seorang sheikh yang syahid.

Naib Ketua Puteri Umno, Nurul Amal Mohd Fauzi ketika tampil dalam satu ceramah di Kubang Kerian, Kota Bharu, malam tadi, menyifatkan kematian syahid itu terjadi selepas suspek mengamuk kerana marah terhadap dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

"Kelmarin bersemadinya seorang syuhada, assyahid Sheikh Mohd Khairil yang ditembak disebabkan beliau mengamuk di hadapan dua orang kafir yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad.

"Semoga Allah SWT mengurniakan syurga Firdaus buat arwah, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah," katanya sebagai pembuka bicara dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Kubang Kerian itu.

Terdahulu Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menegaskan, pihak yang memuat naik kenyataan tidak benar berhubung kejadian itu mempunyai niat "amat buruk".

"Ada pihak-pihak memuat naik artikel tidak tepat dan tidak betul (di media sosial berhubung kejadian itu) dengan niat untuk sakitkan hati pembaca... amat buruk niatnya," kata Abdul Hamid semasa menghadiri sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun beliau berkata jabatan siasatan jenayah sudah mengenal pasti individu terbabit dan pihak yang terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan tidak lama lagi.

Menurut Abdul Hamid kes yang berlaku di Pulau Pinang itu adalah terpencil dan penyerang terpengaruh dengan banyak video ganas dari Timur Tengah.

Katanya, suspek banyak menonton video yang didakwa membabitkan kekejaman terhadap orang Islam di rantau tersebut.

"Video ini kalau tak difahami, boleh menjadikan kemarahan," katanya sebagai mengulas tindakan pengguna media sosial menyebarkan kandungan tulisan mendakwa seorang lelaki berparang - yang ditembak mati oleh polis selepas mengamuk dan membunuh penyelianya - adalah syahid.

Hantaran itu mendakwa lelaki yang menyerang itu bertindak sedemikian selepas lelaki yang ditetak itu didakwa menghina Islam.

Post a Comment

0 Comments