Namun, selepas dia bercakap demikian, dia pernah memfailkan sekurang-kurangnya 3 saman subjudis:
1. Seorang peguam bernama Arun Kasi kerana menulis dua artikel mengenai keputusan mahkamah. Beliau didapati bersalah dan dipenjarakan 30 hari serta didenda RM40,000 pada April tahun ini.
2. Peguam saya Tan Sri Shafee Abdullah kerana pernah menjawab wartawan bahawa dia percaya saya akan didapati tidak bersalah jika mahkamah adalah adil.
Peguam saya dibicara dan didapati tidak bersalah pada bulan Julai tahun ini dan menerima bayaran RM30,000 dari kerajaan.
3. Peguam Negara juga failkan permohonan untuk saya meminta maaf kerana saya membuat posting dalam FaceBook untuk menjelaskan pembelian RM3.3 juta kad kredit adalah untuk hadiah kepada Perdana Menteri serta keluarga beliau dan menjelaskan biasanya kerajaan akan membiayai kos seperti ini.
Tapi saya bayar sendiri kali itu dari wang yang disumbang oleh Menteri Kewangan Arab Saudi kepada saya.
Walaupun masih ada risiko tetapi memandangkan Peguam Negara pernah kata subjudis tidak wujud dalam sistem pengadilan Malaysia, saya akan mula menjelaskan sebanyak mungkin kes-kes mahkamah saya kerana saya tengok tajuk berita yang dikeluarkan serta laporan yang sangat selektif serta berat sebelah tidak mengambarkan apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah.
Itulah sebab kerajaan patut menyiarkan perbicaraan kes-kes saya secara langsung dalam media sosial supaya Rakyat boleh mendapat cerita yang sebenar.
Najib Razak
0 Comments