Khalid Samad Pening... Jadi Pembangkang Haritu Tak Kena Pikir Ni Semua Kan...

Tunggakan bayaran sewa di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kini berjumlah RM58 juta, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata tunggakan itu yang dikenal pasti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) puluhan tahun dahulu masih tidak menemui penyelesaiannya dan antara alasan utama penyewa adalah tidak mempunyai pekerjaan untuk membayar sewa.

DBKL sekarang tunggakannya RM58 juta. Ini bukan dalam setahun sejak Pakatan Harapan (PH) ambil alih, ini dah banyak tahun dah benda ni tak selesai-selesai.
Jadi bila kami (PH) ambil alih, kami tak nak gunakan pendekatan mengejut, kami cuba selesaikan masalah ini dulu. Kami beri tempoh dalam tiga atau enam bulan (untuk penduduk bayar sewa), kita tengok.
Kami nak selesaikan masalah yang duduk di PA dan juga PPR. Ia mesti merupakan suatu pendekatan yang sepadu, bukan sekadar kami nak ambil tindakan undang-undang, nak bertindak keras sahaja.

MK

Post a Comment

0 Comments