Tabung Haji Melepaskan 9 Saham Utama Termasuk TNB Bernilai RM1.8 Billion

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah melepaskan pegangan ekuiti berjumlah RM2.6 bilion sejak tiga bulan lalu bagi mengurangkan pendedahan kepada ketidaktentuan pasaran ekuiti, lapor portal The Malaysian Reserve.

Tabung Haji tahun lalu menjual ekuiti dan aset hampir RM20 bilion kepada sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd.

Portal berkenaan melaporkan, sejak akhir bulan Jun 2019, Tabung Haji telah melupuskan keseluruhan pegangannya dalam sembilan syarikat tersenarai termasuk FGV Holdings Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Yinson Holdings Bhd.

Syarikat itu juga telah menjual sahamnya di Brahim's Holdings Bhd., Lion Industries Corp Bhd., Shin Yang Shipping Corp Bhd., T7 Global Bhd., Notion VTec Bhd., Cheetah Holdings Bhd. dan NCK Corp Bhd.

Nilai pasaran bagi setiap pelupusan saham itu adalah bernilai RM1.8 bilion :

  1. (TNB), RM338.1 juta 
  2. (Yinson), RM324.3 juta 
  3. (FGV), RM23.5 juta 
  4. (Lion Industries), RM10.1 juta 
  5. (VTec), RM9.6 juta 
  6. (T7 Global), RM7.9 juta 
  7. (Shin Yang Shipping), RM4.2 juta 
  8. (Brahim's) dan RM2.7 juta (Cheetah) pada suku kedua 2019.


Sebelum ini, Tabung Haji memindahkan kepentingan ekuiti dalam 106 syarikat tersenarai bernilai RM8.9 bilion kepada SPV Kementerian Kewangan pada suku pertama tahun ini.

Pemeriksaan ke atas Bloomberg pula menunjukkan bahawa Tabung Haji sehingga kini mempunyai kepentingan dalam 38 syarikat dengan saham bernilai AS $ 1.7 bilion (RM7.13 bilion), hampir tiga kali lebih rendah daripada pelaburan awal pada awal tahun ini.

Utusan

Post a Comment

0 Comments