Capati lagi?
Dulu BN bagi Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sebanyak RM250 setahun kepada mahasiswa.
Bantuan ini sedikit sebanyak membantu mahasiswa membeli bahan bahan pembelajaran di universiti.
Lepas PH ambil alih, mereka jenamakan semula BB1M kepada Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) dan bantuan diturun ke RM100.
Bulan Mac lalu, Maszlee janji akan kembalikan bantuan ini ke RM250 tahun depan.
https://www.malaysiakini.com/news/466461
Tapi dalam Bajet 2020, tidak ada disebut pun BPPT ini.
Adakah ini bermaksud BPPT konfirm telah dimansuhkan sepenuhnya dan Maszlee telah menipu?
Sehingga kini, kerajaan masih belum menjelaskan jika bantuan ini telah dimansuhkan tahun depan walaupun telah ditanya beberapa kali oleh kami.
Jangan malu. Jawab ya atau tidak.
Biar Mahasiswa ada ketentuan.
Jika benar-benar dimansuhkan, ini adalah berita sedih.
Dulu diturunkan dari RM250 ke RM100. Sekarang mansuh.
Jika BN masih kerajaan, BR1M bujang untuk anak muda berumur 21 tahun ke atas boleh dapat RM900 tahun depan.
Tapi BSH bujang hanya RM300 tahun depan dan itupun dihadkan kepada bujang berumur 40 tahun ke atas.
Kalau ikut bajet 2020, kerajaan PH akan tambah hutang negara sebanyak RM175 bilion berbanding akhir tahun 2017.
Berpuluh-puluh bilion aset negara telah dijual.
Jumlah yang dijarah dari PETRONAS juga akan meningkat ke RM106 bilion tahun depan.
Sudah ambil dan pinjam begitu banyak, takkan bantuan tidak seberapa ini pun nak mengira dengan mahasiswa?
"PKPIM tuntut janji hendak beri BPPT-Kad Siswa, baucar buku"
https://malaysiagazette.com/2019/10/15/pkpim-tuntut-janji-hendak-beri-bppt-kad-siswa-baucar-buku/
Najib Razak
0 Comments