Bodoh Sana, Bodoh Sini - Ringkasan Komik Propaganda


1. Najib dedahkan komic propaganda Superman diedar kepada semua sekolah menengah secara senyap.

2. Hew mengesahkan komik sudah diedar, Nafi itu propaganda DAP.

3. DAP nafi ada kaitan dengan komik serta penerbitnya walaupun mengaku kerajaan Pulau Pinang memberi peruntukan tahunan kepada penerbit.

4. Maszlee nafi pernah beri kebenaran untuk edar komik.

5. Gambar PM ke-7 menghadiahkan komik kepada Presiden China mula tular.

6. KDN kata komik itu tidak betul dan arahkan siasatan dimulakan.

7. PM ke-7 nafi tahu apa kandungan komik itu walaupun dia memberi kepada Presiden China. Nafi pernah memberi kebenaran imej dia digunakan untuk komik itu.

8. Hew bidas Maszlee. Kata kontroversi komik ini salah Najib.

9. PAS dan UMNO kecam komik propaganda itu.

10. Najib muat naik 3 lagi halaman komik itu.

11. Syed Saddiq bidas Hew sebagai super stupid.

12. Akar umbi dan 5 ADUN DAP bidas Maszlee. Suruh komik itu diedar kepada sekolah dan suruh polis untuk tidak siasat Hew.

13. Pemuda PPBM bidas Akar umbi dan ADUN DAP.

14. ABIM kata komik ini ada masalah. Memberi bayangan bahawa orang Islam adalah penyokong keganasan.

15. EXCO DAP Johor bidas DAP.

16. Penyokong DAP kata ada unsur-unsur DAP sabotaj DAP.

17. Hew bidas Syed Saddiq. Hew kata mereka yang tak faham komik dia adalah orang bodoh.

“Banyak orang bodoh tidak tahu membezakan ciri-ciri pembaharuan dan pembukaan ekonomi China dengan penyebaran ideologi komunis China,” katanya.

18. Penganalis politik kata isu komik ini mampu memecahkan Pakatan Harapan.

19. Maszlee kata komik Hew tidak mendapat kebenaran dari KDN dan tidak mematuhi akta cetak.

20. Najib tulis ringkasan ini


Post a Comment

0 Comments