Drama Pening DAP Tahap Level Bunuh.. Hahahahaha




Makin lawak kerajaan PH dan parti DAP ini.

DAP salah lapor ahli sendiri. Polis reman 4 hari.
----
Bekas pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohd Hata Wahari, yang direman selama empat hari sejak Selasa lalu, hari ini dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Hata ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau ditahan polis di Temerloh, Pahang dipercayai bagi membantu siasatan ugutan bunuh terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung hantarannya melalui media sosial.

“Ini pertama kali selepas 24 tahun saya saya jadi wartawan, saya ditahan reman sebab menulis sesuatu persepsi yang disalah sangka . Ini pertama kali dalam hidup sayalah,” katanya.

Penangkapan itu dipercayai adalah susulan laporan polis yang difailkan oleh Ketua Pemuda DAP Howard Lee Chuan How di Jelapang, Perak minggu lalu.

“Saya ahli seumur hidup DAP, tak akanlah saya nak cakap saya nak bunuh pemimpin parti saya sendiri. Betul tak?

“Saya masuk DAP pun anak Lim Kit Siang (Lim Guan Eng) yang umum sendiri. Saya pun tak pernah buat apa-apa onar dalam DAP.

“Saya hanya suarakan pendapat sahaja. Tak akan menyuarakan sesuatu pendapat salah sekarang ini,” katanya.

Selain itu, Hata berkata beliau juga pelik dengan sikap pemimpin dan ahli partinya itu terhadap beliau.

“Dia orang langsung tak ada hubungi saya. Bukan dia orang tak kenal saya Hatta Wahari. Saya pun pelik.

“Dan laporan polis itu dibuat oleh ahli DAP sendiri. Dia orang ini tak kenal ahli parti sendiri ke? Saya pun pelik,” katanya.

(Kenapa pelik? DAP pun tak kenal nama pengerusi DAP dan nama setiausaha agung DAP sendiri yang tulis pra kata dalam komik propaganda itu lalu berulang-kali dakwa komik itu langsung tak ada kaitan dengan DAP.)

Hata juga turut menyatakan rasa kesalnya berhubung kebebasan bersuara di negara ini yang disifatkan semakin buruk di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Saya ingat masa pentadbiran BN dah cukup buruk rupanya di bawah PH ini lagi buruk.

“Saya pun tak faham macam mana nak cakap sekarang,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/497424

Najib Razak

Post a Comment

0 Comments