Beliau berkata kehadiran Mahathir akan menjadi tumpuan kepada pengundi di kawasan Parlimen itu.
Apa yang Tun sebut semalam ada sesetengah rakyat tidak tahu bahawa Tun bukan lagi perdana menteri di bawah Barisan Nasional tetapi PH. Ya, saya harapkan aura dia bukan sahaja disegani di negara ini tetapi juga luar negara
Semalam, dilaporkan Mahathir akan turun ke Tanjung Piai bagi membantu kempen gabungan parti itu.
Mahathir yang juga pengerusi PPBM dijadualkan berucap dalam ceramah perdana PH di Tapak Terminal Bas Kukup Laut.
Sebelum ini, media melaporkan kehadiran Mahathir ke Tanjung Piai akan menaikkan moral PH dalam kempen pilihan raya yang bermula 2 Nov lalu.
Setakat ini 50 anggota polis telah mengundi di Dewan Serbaguna IPD Pontian. PRK Tanjung Piai menyaksikan pertandingan enam penjuru membabitkan calon PH, Barisan Nasional (BN), Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan dua calon Bebas.
Karmaine akan berdepan calon BN, Wee Jeck Seng; Gerakan, Wendy Subramaniam; Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Badrulhisham Abdul Aziz serta dua calon bebas, Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.
Dalam perkembangan lain, Karmaine berharap pengundi awal hari ini dapat mengundi PH. Beliau berkata ini kerana kerajaan PH adalah kerajaan negeri dan persekutuan.
Adalah wajar mengundi awal beri sokong kepada PH. Saya datang ucapkan selamat undi dan meninjau keadaanSeramai 280 pengundi awal bagi PRK Tanjung Piai melibatkan anggota polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Mustafa Bakri Salleh berkata lebih kurang 280 anggota polis di IPD Pontian akan turun mengundi yang libatkan dua DUN.
Beliau berkata DUN Pekan Nanas seramai 21 anggota polis dan bagi DUN Kukup, seramai 259 anggota polis.
“Jadi hari ini, InsyaAllah semua pengawai dan anggota saya telah bersiap sedia untuk mengundi awal bagi PRK dan kita harap sepanjang hari ini dari 8 pagi sehingga 5 petang berjalan lancar,” katanya.
FMT
0 Comments