Kiranya Kat Selangor Dah Boleh Mabuk Secara Terbuka.. Mana PAN ?

Kerajaan Selangor menetapkan tiada larangan untuk mana-mana individu meminum arak di kawasan awam.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, berkata perkara itu selaras dengan ketetapan Undang-Undang Kecil Taman (2005).

Bagaimanapun, beliau menegaskan, individu yang meminum arak hingga mendatangkan kekecohan akan dikenakan tindakan tegas.

“Polis mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap peminum arak itu sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) juga mengambil langkah menjalankan rondaan pemantauan di lokasi awam dan jika berlaku kacau ganggu akibat mabuk, mereka akan melaporkan terus kepada polis,” katanya ketika sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.

Terdahulu, Chua Wei Kiat (PKR-Rawang) meminta penerangan berhubung tindakan kerajaan Selangor dalam mengatasi kekecohan yang dilakukan peminum arak di kawasan awam.

Sze Han berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan pihak PBT mengambil inisiatif memasang papan tanda peringatan bagi melarang meminum minuman keras di kawasan awam bagi menjaga keselesaan dan ketenteraman pengunjung.

“Kerajaan juga menetapkan satu garis panduan penjualan minuman keras yang diguna pakai setiap PBT seperti mensyaratkan peniaga meletakkan papan tanda larangan menjual arak kepada pembeli di bawah 18 tahun.

“Kerajaan Selangor turut menetapkan jarak operasi premis perniagaan minuman keras dari rumah ibadat seperti masjid , tokong, kuil, pejabat kerajaan, sekolah, hospital serta kawasan perumahan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments