Nampaknya Malaysia Baru Kekal Didik Pendidikan Gaya Rasis

Semua pihak perlu menerima keputusan mahkamah berhubung kewujudan sekolah vernakular di negara ini, kata ahli Parlimen Rembau, KhairyJamaluddin.

“Ia keputusan mahkamah, saya pun belum baca lagi berita tentang perkara tersebut,” kata beliau ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Khairy berkata, mahkamah adalah tempat yang terbaik untuk memutuskan soal-soal perlembagaan. “Dan, sekiranya mahkamah sudah putuskan bahawa kewujudan sekolah vernakular tidak melanggar undang-undang, jadi kita kena terimalah sebab tafsiran perlembagaan hanya boleh dibuat oleh mahkamah,” katanya.

Bekas ketua Pemuda Umno itu ditanya media mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan pagi tadi yang menolak satu usul daripada seorang peguam untuk mencabar keabsahan sekolah vernakular sebagai tidak berparlimen.

Keputusan itu dibuat Hakim Besar Malaya,Azahar Mohamed.

Pada 23 Okt lalu, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan satu usul di bawah Perkara 4 (3) Perlembagaan Persekutuan memohon perisytiharan terhadap pindaan Akta Pendidikan 1996 untuk membenarkan sekolah vernakular terus wujud, sebagai tidak berperlembagaan dan bertentangan.

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur dengan menamakan menteri pendidikan Malaysia sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.

FMT

Post a Comment

0 Comments