Malah, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan, hubungan dua dan tiga hala dengan negara itu tidak ikhlas.
Saya tidak pernah putus asa, tetapi memang mengecewakan. Kita mengharapkan keikhlasan dalam kerjasama dengan mana-mana pihak dan mesti ada satu semangat balas budi tetapi tidak ada, walaupun saya sudah tulis surat dan berjumpa.
Saya berjanji untuk berusaha membawa pulang (Jho Low) sebelum hujung tahun termasuk dengan rundingan pihak-pihak lain, katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Terdahulu, beliau menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.
Abdul Hamid berkata, beliau tidak akan berdiam diri dan akan terus memburu Jho Low, keluarga dan rakan dikaitkan dengannya yang merompak duit rakyat.
Saya tahu di mana dia nak belanjakan harta dan nak beli harta di Cyprus, kita ada maklumat itu semua, ada beberapa yang saya tahu termasuk dia pergi mana, jangan sembunyikan daripada saya.
Kita banyak dapat bantuan daripada agensi yang lebih ikhlas. Sekiranya tindakan negara berkenaan masih berterusan, tidak mustahil pada masa akan datang (PDRM) akan mengambil tindakan serupa terhadap negara itu termasuk proses mengekstradisi penjenayah mereka di negara ini, katanya.
Siasatan terkini PDRM mendapati Jho Low berusaha membeli hartanah daripada beberapa negara lain menggunakan wang yang dirompak dari negara ini selepas usahanya membeli hartanah di Cyprus berjaya dikesan.
HMetro
0 Comments