Pembunuhan Altantuya telah berlaku 13 tahun dahulu. Telah melalui ratusan hari perbicaraan selama bertahun-tahun di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan sampai ke Mahkamah Persekutuan yang memutuskan hukuman mati lima tahun dahulu.

Sudah 19 bulan kerajaan PH memerintah.

Saya telah mengarahkan pegawai saya membuat laporan polis terhadap saya tentang kes ini tahun lepas. Pihak polis juga mengesahkan tiada bukti untuk kaitkan saya dengan kes tersebut.

22 Feb 2019: 'Tiada bukti kaitkan Najib kes pembunuhan berprofil tinggi'
https://www.malaysiakini.com/news/465213

Seorang lagi pegawai polis yang dijatuhkan hukuman mati dalam ke ini pun pernah bersumpah bahawa saya tidak terlibat.

Jan 30, 2016
Sirul ‘bersumpah’ Najib tak terlibat pembunuhan Altantuya
https://youtu.be/Yi-AyO1S5h4

Tiba-tiba ada cerita perisik Rusia terkeluar pula. Dakwa saya yang arahkan pembunuhan Altantuya kerana dia perisik Rusia.

Ada akuan bersumpah tiba-tiba keluar dari pihak polis yang telah dijatuhkan hukuman mati. Peguam bela sekian lama dia juga terkejut dengan akuan bersumpah tertiba dari anak guamnya :

16 Dec 2019: "When contacted, Azilah’s lawyer Hazman Ahmad told FMT that he had no role in the preparation of the statutory declaration cited by Malaysiakini, adding that they last met “two or three years ago”.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/12/16/rubbish-says-najib-on-claim-he-instructed-cops-to-murder-altantuya/

Kalau nak percaya akuan bersumpah dari seorang yang sudahpun dijatuhkan hukuman mati maka adakah kita juga perlu percaya akuan bersumpah bahawa bakal PM ke-8 telah mencabul bekas pegawai lelaki dia tahun lepas?

Adakah hukuman mati bakal di tarik balik atau ditangguhkan dengan akuan bersumpah ini?

Secara logik, jika saya sebagai Timbalan Perdana Menteri masa itu begitu berkuasa dan begitu kejam sehingga mengarahkan pembunuhan seorang wanita yang sedang mengugut US$500,000 dari seorang kenalan saya, kenapakah ahli-ahli politik PH semua baik-baik belaka sahaja masa saya lebih berkuasa sebagai Perdana Menteri?

Tak dijelaskan juga kenapa perisik Rusia perlu ugut dibayar US$500,000.

Saya diberitahu bahawa perbicaraan kes 1MDB dan SRC saya tidak memberi impak yang diinginkan oleh PH manakala usaha cybertrooper serta propaganda mereka juga jauh ketinggalan.

Apa yang saya tulis dalam media sosial yang disertakan fakta dan bukti serta apa yang saya ucap dalam ceramah-ceramah saya amat sukar untuk dibalas atau disangkal oleh PH.

Ada penganalis yang berpendapat juga bahawa fakta-fakta yang saya keluarkan merupakan antara senjata paling tajam yang menyumbang kepada kekalahan teruk PH di PRK Tanjung Piai.

19 Nov 2019: "PH hilang fokus, ditenggelami populariti 'bossku'"
https://www.sinarharian.com.my/article/57947/PRU/PRK-Tanjung-Piai/PH-hilang-fokus-ditenggelami-populariti-bossku

PH sekarang amat fobia dengan gelaran kerajaan sepenggal. Oleh itu, mereka perlu keluarkan lagi konspirasi baru untuk menentang dan memfitnah saya.

Saya juga diberitahu bahawa cerita baru PH ini membuka jalan kepada kerajaan PH untuk menahan dan penjarakan saya tanpa jaminan kerana kes pembunuhan tak membenarkan jaminan.

Barulah saya boleh disenyapkan oleh PH.

Najib Razak