500kg Beb! Tapi Tiada Yang Curi, Bagus Orang Sabah Ni..

Lebih 500 kilogram (kg) ketam hidup bertaburan di jalan selepas lori yang membawa hasil laut itu terbabas dan terbalik di Batu 4, Jalan Apas, di sini, pagi semalam.

Pemandu lori terbabit seorang lelaki berusia 50 tahun tidak cedera. lori itu dari perjalanan dari Jalan Apas menuju ke lapangan terbang Tawau.

Apabila melalui bulatan, lelaki itu dikatakan cuba mengelak sebuah kereta yang berada di hadapannya yang berhenti secara mengejut.

Pemandu lori cuba mengelak ke kanan jalan menyebabkan dia hilang kawalan, sebelum lori yang sarat membawa muatan ketam itu terbalik.

Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang tidak menjaga jarak pemanduan ketika mengekori kenderaan di hadapan.

Kes disiasat mengikut Rule 10 LN59/166 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Sementara itu, orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu mengutip ketam yang bertaburan itu dan dimasukkan semula ke dalam bekas simpanan.

BeritaHarian

Post a Comment

0 Comments