Program Sarapan Percuma - Harapan Maszle Tidak Kesampaian, Mahathir Ubah Tempo



Idea utama Maszle adalah supaya anak yang berada dalam kelompok B40 dapat menerima PSP dan secara tak langsung untuk memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan kenyang sebelum memulakan pelajaran.

Harini nampaknya Tun mengubah tempo maszle dengan hanya mensasarkan golongan tidak berkemampuan saja. Persoalanya, siapakah golongan tidak berkemampuan tersebut. Adakah golongan miskin peserta eKasih ataupun pihak sekolah boleh sesuka hati meletakkan gambaran siapa layak dan siapa tidak layak.


Sarapan Percuma diteruskan tetapi hanya untuk pelajar kurang mampu – PM

MalaysiaGazette | Kerajaan tetap akan meneruskan Program Sarapan Pagi (PSP) seperti yang dijadualkan bermula pada Isnin ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memaklumkan perkara itu berkata, bagaimanapun ia hanya akan dikhususkan kepada pelajar yang tidak berkemampuan saja.

Kita akan teruskan program yang ada sekarang kepada mereka yang tidak mampu, tapi nak bagi kepada semua bermakna mereka yang ada duit, kaya dan makan di rumah pun dapat juga. Itu tidak adil. Kita akan berikan (PSP) kepada mereka yang layak

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan menjelaskan pelaksanaan PSP untuk murid sekolah rendah dibuat secara berfasa dengan tumpuan kepada sekolah yang merekodkan jumlah pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) tertinggi.

PSP merupakan program yang diperkenal oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan sebelum melepaskannya 2 Januari lalu.

Dr Mahathir memangku jawatan tersebut berkuat kuasa 3 Januari lalu sehingga Menteri Pendidikan yang baharu dilantik.

Sebelum ini Maszlee berkata, PSP untuk murid sekolah rendah itu dilaksanakan menerusi dua mekanisme membabitkan peruntukan antara RM800 juta hingga RM1.67 bilion.

Katanya, dua mekanisme itu adalah pelaksanaan PSP selama 30 minit bagi kombinasi makanan bermasak dan buah-buahan serta 10 minit bagi produk minuman tenusu, bijirin, roti dan telur rebus.

Waktu pemberian sarapan adalah sebelum pukul 8.30 pagi bagi persekolahan sesi pagi dan sebelum pukul 4 petang bagi sesi petang selain dijadualkan secara berperingkat mengikut kesesuaian sekolah.

Guru yang bertugas dalam tempoh PSP turut diberikan sarapan percuma supaya dapat makan bersama murid.

Post a Comment

0 Comments