Syed Saddiq Marah Nampaknya - Gantung Tugas Adun Dengkil Berkuatkuasa Serta-Merta

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah dan Ahmad Redzuan telah digantung dalam jawatan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) berkuatkuasa serta-merta. Adhif juga adalah Ketua Armada Selangor dan Ahmad pula Penolong Setiausaha Armada.

Ketua Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul berkata, penggantungan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Armada Nasional diadakan sehingga siasatan dimuktamadkan.

Tindakan sama turut membabitkan pegawai Kementerian Belia dan Sukan yang turut ditahan dalam operasi polis itu.

Saya akan sentiasa menghormati prinsip Rule of Law. Jika mana-mana individu terlibat dengan salah laku, laporlah kepada pihak berkuasa kerana semua tertakluk kepada undang-undang tanpa mengira jawatan dan status. Termasuklah saya.

Beliau percaya keputusan itu adalah selari dengan agenda politik khidmat Armada dan adil kepada rakyat dan semua yang terlibat. - MalaysiaGazette


Tetapi Dalam Statement Lain : ADUN Dengkil belum bersalah selagi tiada hukuman, kata Muhyiddin

MalaysiaGazette | Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang ditahan dalam serbuan polis baru-baru ini tidak bersalah sehingga beliau dijatuhkan hukuman.

Sehubungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti tersebut harus berlaku adil terhadap Adhif Syan Abdullah, yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Selangor.

Beliau yang juga Presiden Bersatu menambah, parti itu akan membincangkan kes penahanan ADUN berkenaan  dari aspek disiplin dan imej parti dalam Mesyuarat Pimpinan Tertinggi yang akan diadakan esok.

Itu akan bincang mesyuarat esok pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi Bersatu). Secara rasmi kita akan bincang di situ.
Memang ada garis-garis panduan dari segi soal etika dan disiplin parti tapi walau apa pun, kita mesti berlaku adil kerana seseorang dianggap tidak bersalah sehingga dijatuhkan hukuman .


Post a Comment

0 Comments