Backup KP SPRM Tu "Rule Of Law" Ke Tun M?

Di sebalik pelbagai pihak mengecam Latheefa Koya berhubung tindakan SPRM mendedahkan rakaman audio melibatkan Najib Razak berkaitan cubaan menutup skandal 1MDB, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata, apa yang dilakukan agensi pencegah rasuah itu bukanlah suatu kesalahan.

Katanya, tindakan SPRM itu adalah sama seperti PDRM menunjukkkan barang-barang rampasan di kediaman Najib pada 2018 dahulu.

Saya sokong atau tidak sokong tidak penting. Yang penting sama ada benda tu (pendedahan rakaman audio) boleh buat.
Dulu boleh buat, bila raid (kondominium) Pavilion. Kita dapati barang yang banyak dimiliki Rosmah dan Najib, kita tunjuk pada orang ramai. Kita tak sembunyi sampai perbicaraan, kata Tun Mahathir lagi.

Adakah kita boleh setuju dengan hujah Tun Mahathir?

Kalau begitu, bolehkah PDRM mendedahkan video kes rogol sebelum mendakwa perogolnya ke mahkamah?

Atau dalam kes yang lebih spesifik, kenapa pihak polis sebelum ini tidak mendedahkan video seks sejenis yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehawal Ekonomi, Azmin Ali di mana sekurang-kurangnya dengan tindakan itu orang awam dapat membantu Peguam Negara daripada kekaburan mengenalpasti identiti pelakunya?

Sebenarnya, hujah Tun Mahathir dalam mempertahankan Latheefa itu bukan saja tidak masuk akal, bahkan langsung tidak berlandaskan kedaulatan undang-undang.

Dalam kes serbuan seperti barang kemas atau dadah misalnya, pihak polis mendedahkannya bagi tujuan memberi maklumat kepada orang awam serta barangaj itu untuk dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan.

Tetapi, rakaman audio yang didedahkan oleh SPRM itu berlaku ketika perbicaraan Najib berkaitan 1MDB sedang berjalan.

Dengan yang demikian, tindakan SPRM itu adalah sub judice, menghina mahkamah serta menganggu perbicaraan yang sedang berlangsung.

Lagi pun, dalam kes mendedahkan hasil serbuan, pihak polis yang melakukan serbuan dan pihak polis juga yang mengadakan sidang akhbar mendedahkannya.

Ia berbeza dengan rakaman audio di mana SPRM mendakwa ia diberikan rakaman itu oleh pihak yang tidak dikenali, lalu mengadakan sidang akhbar mendedahkannya kepada umum sebelum menyerahkannya kepada polis untuk disiasat.

Oleh kerana menyiasat rakaman audio itu bukan dalam bidang kuasa SPRM, sebaliknya merupakan bidang tugas PDRM, Latheefa sepatutnya menyerahkan semua rakaman audio yang diperolehinya itu kepada pihak polis untuk disiasat.

Kemudian, terserah kepada pihak polis jika mahu mengadakan sidang media mendedahkan kandungan rakaman audio itu atau mahu membuka kertas siasatan baru terhadap Najib.

Persoalan pokok ialah SPRM tiada kena-mengena untuk menyiasat perkara berkaitan konspirasi, salah guna kuasa kuasa atau membocorkan maklumat yang dikaitkan dengan rakaman audio itu.

Maka, jika bukan bidangnya untuk menyiasat, SPRM juga tiada kuasa untuk jadi gatal tangan mengambil alih tugas polis mendedahkan rakaman itu bagi didengarkan kepada kepada umum.


Dalam hal ini mengapa Tun Mahathir mempertahankan Latheefa?

Oleh kerana Latheefa dilantik oleh Tun Mahathir, walaupun perlantikannya bertentangan dengan semangat reformasi PH, mahu tak mahu, Perdana Menteri terpaksa mempertahankan orang pilihannya itu.

Meski dalam hal ini, hujah Tun Mahathir adalah logik akal semata-mata, separuh masak serta bertentangan dengan kedaulatan undang-undang.

Shahbudin

Post a Comment

0 Comments