Da, Jawab Surat Tu Tenang Ye Da.. Bisik Din

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin menjawab surat tunjuk dengan tenang berhubung ucapan kontroversinya pada satu majlis di sebuah hotel Disember lalu.

Apabila nanti ditetapkan masanya oleh jawatankuasa disiplin, beliau tampil memberi penjelasan…kemudian ikut proses

PKR memberi tempoh selama 14 hari kepada Zuraida bermula Sabtu lepas untuk menunjukkan sebab atas ucapannya di satu majlis makan malam pada 8 Dis lalu, yang didakwa menghina ahli parti dan mendedahkan butiran perbualannya dengan Presiden Anwar Ibrahim.

Majlis itu, yang turut dihadiri Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, diadakan selepas kongres nasional tahunan PKR, yang menyaksikan pergaduhan antara beberapa kumpulan pemuda dan ketidakpuasan hati Azmin dan sekutu terhadap ucapan perwakilan.

FMT

Post a Comment

0 Comments