Beribu-ribu tan minyak sawit bertapis tertangguh atau tersekat di pelabuhan di India selepas pengimport terbesar minyak makan dunia itu mengenakan sekatan ke atas import berikutan ketegangan diplomatik dengan Malaysia, kata beberapa sumber kepada Reuters.
India mengumumkan sekatan ke atas import minyak sawit bertapis pada 8 Jan dalam usaha membantu penapis domestik meningkatkan kadar utilisasi mereka, menurut pegawai industri yang maklum mengenai perkara itu.
Setiap tahun, India lazimnya bergantung penuh kepada import bagi kesemua bekalan minyak sayuran yang digunakan dalam semua keperluannya, daripada sabun kepada biskut.
Bagaimanapun Malaysia, pengeluar dan pengeksport minyak sawit kedua terbesar dunia, secara terbuka mempersoal langkah New Delhi itu, hatta pada saat India menambah pesanan dari Indonesia, menurut data Refinitiv.
India merupakan pasaran terbesar sejak 5 tahun lepas, dan ketegangan semasa menyebabkan penanda aras pasaran depan minyak sawit Malaysia jatuh paling rendah minggu ini dalam tempoh 11 tahun .
Lebih 30,000 tan tersekat di beberapa pelabuhan di India. Semua vesel ini diisi sebelum kerajaan mengehadkan import minyak sawit bertapi, kata peniaga minyak sayuran yang berpangkalan di Mumbai, yang enggan dikenali kerana polis syarikat.
FMT
0 Comments