Ketua Syiah Malaysia Bidas Diplomay Arab Saudi.. Wow Hebat!

Ketua komuniti Islam Syiah membidas kenyataan diplomat Arab Saudi yang menyerang mereka pada satu konvensyen baru-baru ini dengan mengatakan ajaran itu cabaran terbesar kepada umat Islam.

Pengerusi Masyarakat Syiah Malaysia, Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz berkata atase agama di Kedutaan Arab Saudi itu, Sheikh Abdurrahman Ibrahim Al-Rubai’in harus membuktikan kegiatan keagamaan orang-orang Syiah Malaysia adalah “ancaman” seperti didakwa.

Apakah program luar biasa yang saya anjurkan hingga mengancam keselamatan negara, selain program tahlil, maulid rasul, anak dan cucu nabi?

Kamilzuhairi bersama kira-kira 40 orang ke Kedutaan Iran hari ini bagi menyampaikan takziah atas kematian komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, Qasem Soleimani, yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat di Baghdad pada Jumaat.

Sheikh Abdurrahman menyentuh isu Syiah dalam ucapannya pada Konvensyen Ilmu Sunnah Peringkat Kebangsaan anjuran kumpulan pro-Saudi, Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) di ibu negara.

Diplomat Saudi itu berkata sia-sia untuk mendekati mereka dalam usaha menyatukan umat Islam kerana sudah sesat, dan ajaran itu cabaran terbesar kepada umat Islam.

Perbezaan antara Ahli Sunnah dengan Syiah bukan membabitkan soal Fiqiyyah semata-mata, tetapi juga antara haq dengan yang batil, katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau seterusnya mendakwa orang Islam Syiah tidak mengiktiraf Al-Quran yang diikuti Islam Sunni.

Kamilzuhairi berkata beliau dan pengikutnya sedaya upaya tidak melanggar undang-undang negara, dan menafikan dakwaan Sheikh Abdurrahman tentang Al-Quran itu.

Kalau ada yang dikatakan Al-Quran milik pengikut Syiah, itu bukan. Kenapa pula atase agama di Kedutaan Arab Saudi lebih tahu perkara ini? katanya.

FMT

Post a Comment

0 Comments