Pertikaian Ketulenan 13 Dokumen - Penyelewangan RM42Juta SRC International

9.44 pagi 20 JAN 2020 : Najib masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan bermula.

Peguam Harvinderjit Singh memulakan penghujahan berkenaan permohonan Najib Razak agar pakar tulisan tangan Australia dibenarkan memeriksa dan menentukan ketulenanan tandatangan bekas perdana menteri itu di beberapa dokumen utama SRC International.

Ia untuk 35 eksibit dokumen yang digunakan pendakwaan untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib bagi tujuh dakwaan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang sebanyak RM42 juta dari SRC International.

Najib ketika itu menjadi penasihat emeritus syarikat tersebut, serta perdana menteri dan menteri kewangan.

Peguam Harvinderjit Singh berkata pihaknya mempertikai ketulenan 13 dokumen berkaitan SRC International yang diserahkan pihak pendakwaan sebagai eksibit.

[NOTE] : Apakah yang dimaksudkan dengan eksibit dalam sesuatu afidavit?
Jawapan : Bukti dalam bentuk dokumen yang dirujuk dalam keterangan yang terkandung di  dalam affidavit tersebut dengan tujuan untuk menyokong kepada affidavit yang  dibuat itu.  Selalunya didalam sesuatu affidavit terdapat beberapa eksibit yang  dilampirkan.

[NOTE] :Apakah yang dimaksudkan “Afidavit”?
Jawapan: Keterangan bersumpah

Dia berkata demikian dalam hujahannya bagi permohonan pembelaan untuk mendapatkan seorang saksi pakar memeriksa tandatangan Najib Razak pada dokumen tersebut.

Menurut Harvinderjit, ketulenan dokumen itu tidak benar-benar ditentukan, dan sebab itulah pasukan pembelaan mahu memanggil seorang saksi pakar untuk memeriksanya dan memberi keterangan di mahkamah.

Dia juga seperti menyasarkan pasukan pembelaan dengan berkata mereka yang menggalas beban pembuktian berkenaan ketulenannya.

"Mereka pihak yang mengeluarkan dokumen ini," katanya lagi.

Dia kemudian menyangkal dakwaan pendakwaan sebelum ini bahawa pasukan pembelaan Najib cuba melakukan "serang hendap" dengan mahu memanggil pakar ketika peringkat pembelaan.

Katanya, pihaknya telah mempertikai tandatangan Najib di dokumen itu sejak tahap pendakwaan perbicaraan ini.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments