Plastik Punca Kegemukan! Hmmphh.. Perkara Susah Nak Elak Pada Hari Ini


Pada tahun baru ini, ramai yang berazam untuk mencapai impian dan sasaran yang diletakkan.
Bagi wanita, mereka ingin tampil cantik, kurus dan bergaya, maka pelbagai usaha dilakukan seperti makan vitamin tambahan, bersenam, berzumba, mengawal pemakanan dan pelbagai lagi kaedah lain.

Namun mungkin anda lupa atau tidak tahu bahawa penggunaan plastik dalam kehidupan harian anda mampu menyebabkan kegemukan.

Menurut Timbalan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti UCSI, Dr Mustafa Ali Mohd, ia merupakan salah satu punca kegemukan yang ramai tidak ketahui.

Dalam plastik mengandungi bahan yang dipanggil phthalate yang digunakan untuk melembutkan plastik yang keras dan juga bisphenol A (BPA) untuk mengeraskan plastik dan bagi tahan lama.
Apabila ia keluar dan masuk ke dalam makanan ia akan menyebabkan banyak akibat kepada kesihatan kita, itu adalah asasnya.
Ia bukan sahaja menyebabkan kegemukan, malah turut merosakkan sistem peranakan bagi wanita.
Bisphenol A iaitu bahan yang terkandung dalam plastik juga mampu menyebabkan kecacatan pada peringkat pembesarannya dan semasa di dalam janin.


Berlaku Tanpa Kita Sedari

Menjelaskan lebih lanjut, Mustafa berkata keadaan ini boleh berlaku tanpa sesiapa pun sedari kerana plastik ini terkandung di dalam makanan yang kita makan.

Bila plastik dibuang di dalam air, plastik tidak mampu musnah, sebaliknya ia akan menjadi kepingan kecil yang dipanggil mikroplastik. Makanan ikan kecil ialah dengan makan mikroplastik itu, kemudian ikan besar pula akan makan ikan kecil.
Rantaian itu berterusan apabila manusia sendiri makan ikan besar tersebut dan ia menjejaskan kesihatan.
Persoalannya, ikan adalah bagus untuk tubuh badan sebagai protein, tetapi bagaimana kita ingin menjamin yang ikan tersebut selamat untuk dimakan

Oleh sebab itu Mustafa berkata mikroplastik merupakan punca seseorang menjadi gemuk dan fizikal tersebut kekal meskipun seseorang itu bersenam dan mengurangkan kuantiti makanan.

Dalam perkembangan yang sama, Mustafa berkata penggunaan plastik di rumah juga turut menyumbang ke arah kegemukan serta menjejaskan kesihatan pada tubuh badan.

Apabila tuang air panas ke dalam jag plastik, bahan phthalate boleh keluar dan masuk ke dalam air dalam jumlah yang sedikit. Malah kita takkan perasan pun ia keluar.

Dan kandungan phthalate yang banyak dalam darah atau badan manusia itulah boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti

Orang ramai perlu tahu cara menggunakan bahan plastik dengan betul bagi mengelakkan sebarang masalah. Contohnya, botol air mineral perlulah digunakan untuk sekali sahaja bukannya sampai 10 generasi.

Bahan plastik jenis lembut, mengandungi phthalate. Sebaik pakai, ketika mahu mencuci jangan gunakan berus. Kerana bahan ini akan keluar dengan mudah. Perlu diketahui juga bahawa phthalate mudah keluar dengan lebih tinggi sekiranya ada penggunaan air panas, bahan berminyak dan berasid,.

Post a Comment

1 Comments

  1. Assalamualaikum
    Data pribadi
    Negara: Indonesia
    Nama: Wahyu Sapto Handoko
    Email: wahyusaptohandoko256@gmail.com
    Alamat: Jl. Sukarela rt.02 / 05 Paninggilan, Ciledug, Tangerang
    Sudah empat tahun sekarang saya telah memberikan kesaksian tentang bagaimana saya meminjam Rp1,2 miliar dari ibu Helen dan beberapa orang meragukan saya karena tingkat penipuan online. Ibu Helen Wilson telah memberi saya satu hal lagi untuk tersenyum karena setelah menyelesaikan angsuran pinjaman bulanan yang saya pinjam sebelumnya, saya memohon kepada Ibu Helen bahwa saya ingin pergi untuk ekspansi bisnis lebih lanjut sehingga saya meminta tambahan Rp3,7 miliar setelah melalui saya proses hukum. pinjaman itu disetujui oleh manajemen mereka dan saya menerima pinjaman saya dalam waktu kurang dari 48 jam di rekening bank BRI saya. Saya tidak memiliki tantangan dengan bank karena Mrs. Helen Wilson dan tim manajemen pinjaman WEMA Finance telah dianggap sebagai pemberi pinjaman yang sah baik di Amerika Serikat, MALAYSIA, INDONESIA dan Rumania, sehingga tidak ada masalah sama sekali.
    Untuk pinjaman apa pun, saya sangat merekomendasikan Ibu Helen Wilson hari ini dan selalu
    Email:(helenwilson719@gmail.com)

    WA: +1-585-326-2165

    Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

    ReplyDelete