Dr Mahathir, yang juga pemangku Menteri Pendidikan, berkata beliau kini dalam proses mendapatkan maklumat berhubung sistem pendidikan di negara ini oleh pihak kementerian.
Kita dapati banyak perkara yang perlu kita kaji semula. Sama ada ia baik atau tidak, kita dapati orang ramai biasanya membuat teguran dan kita akan ambil kira teguran mereka, sama ada kita perlu buat perubahan atau tidak
Dr Mahathir memangku sementara jawatan Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Jan lepas, susulan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik.
Dr Mahathir berkata pendidikan bertujuan mendidik pelajar supaya mereka boleh hidup dengan sempurna.
Tujuan kita ialah untuk mendidik anak kita supaya apabila mereka membesar, mereka boleh hidup sempurna, cari makan, boleh bekerja, boleh menjadi orang yang produktif, dan bukan orang yang hanya menanti-nanti untuk mendapat bantuan sahaja
Ditanya mengenai permintaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) supaya kerajaan mempertimbangkan untuk memasukkan Influenza A dalam senarai jenis penyakit berjangkit yang diberikan kemudahan cuti kuarantin, Dr Mahathir secara ringkas menjawab "saya kena fikir dahulu"
Perdana Menteri berkata beliau juga sedang meneliti berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).
Malaysiakini
0 Comments