Hot Bro!! Mahathir Cabar Majlis Presiden PH


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya majlis presiden Pakatan Harapan mengkehendakinya.

Saya fikir ini akan diputuskan oleh empat parti (PH) bersama. Sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak pergi. Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur.
BANkami : Masalahnya, pengerusi tu mahathir sendiri. Keputusan mesyuarat mestilah mahathir tentukan kan. Ker macam mana. Tahun 2020 nampaknya bermula episod tragis kerajaan. Harap rakyat tak jadi mangsa keadaan sebab peralihan yang nampak rumit ni. 

Dr Mahathir berkata demikian sebagai respons terhadap beberapa ahli parlimen PKR yang mencadangkan agar beliau menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim pada Mei tahun ini.

Sebelum ini, perdana menteri berkata beliau akan menghormati janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar selepas sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) yang akan diadakan di Malaysia pada November.

Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments