Puteri Balqis Tidak Menghidap Kanser Tetapi Masalah Berlainan...


Seperti diketahui umum, dua tahun lalu pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis sebelum ini terlantar sakit serta kerap muntah darah dan dikatakan mempunyai masalah hati. Kemudian ada yang mengatakan Balqis menghidap penyakit kanser.

Bagaimanapun, Pakar Pediatrik dan Neonatologi, Pusat Pakar Swasta Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Masri Muhamed mengesahkan Puteri Balqis Aziz tidak menghidap kanser seperti yang didakwa.

Menurutnya lagi, dia sudah menjalankan beberapa ujian termasuk ujian darah namun masih tidak dapat mengenal pasti penyakit yang dihadapi oleh Balqis. Ujarnya lagi, Balqis tidak menghidap kanser tetapi ‘masalah berlainan’ yang masih lagi menjadi tanda tanya.

Apabila saya jalankan segala ujian klinikal, saya tak dapat berikan satu kesimpulan apa masalahnya. Jadi, saya teruskan dengan pelbagai ujian darah kerana dia kelihatan sangat pucat.
Saya tengok kandungan hemoglobin dalam darahnnya sangat rendah, jadi saya jalankan ujian lain untuk fungsi hati dan buah pinggang. Selepas semua kajian dilakukan, saya mendapati dia tidak menghidap kanser, tetapi masalah berlainan, katanya.

Rotikaya


Post a Comment

0 Comments